Page 61 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 61
Bab 2 - 22
2.3.3 Tempat Ibadat Bagi Agama Tao
Tempat Ibadat Agama Tao adalah disebut sebagai Dao
Guan dalam Bahasa Cina. Agama Tao adalah agama
tradisi China. Di Negara China, terdapat tiga ajaran
serta agama tradisi yang utama iaitu Ajaran
Confusions, Agama Buddha, dan Agama Tao. Ketiga-
tiga pemikiran atau ajaran ini telah membentuk
budaya dan adat resam kaum Cina di seluruh dunia.
Senibina Tokong Tao (Dao Guan) adalah bercirikan
bangunan tradisi Cina yang mempunyai ruang
terbuka iaitu courtyard di ruang tengah tokong.
Kebiasaanya, tokong Cina atau Tao di Malaysia adalah
dinamakan sebagai “Miao” atau “Meow” yang
membawa maksud tokong dan nama yang seertinya
seperti “Gong” (istana), “Fu” (rumah orang
besar/mewah) atau “Tang” (dewan depan).
Tokong Tow Boo Kong, Pulau Pinang juga dikenali sebagai
‘Nine Emperor Gods Temple’
1. Aspek Agama Dalam Perancangan Aspek Utama
Tokong Tao
Secara tradisi di China, tokong lama Tao terletak di kawasan yang berbukit atau tanah tinggi. (DAO GUAN)
Di dalam kawasan tokong pula, kedudukan dewan utama adalah terletak di bahagian hadapan
Dewan
tokong manakala bilik-bilik penginapan terletak di bahagian belakang tokong. Dao Guan Utama
adalah menjadi tempat untuk Dao Zhang, Dao Shi dan penganut-penganut untuk membelajari
ajaran atau agama Tao ke arah sihat, panjang umur dan “tidak mati”. Dewan
Peringatan
Walau bagaimanapun tokong-tokong Cina atau Tao di Malaysia adalah lebih kepada aktiviti
Dewan
sembahyang, upacara agama dan perayaan yang terus kait kepada Dewa-Dewi yang berlainan. Makan
Kewujudan bilangan tokong Cina / Tao yang banyak di Malaysia tetapi kecil saiznya adalah
disebabkan oleh Dewa-Dewi yang berlainan disembayangkan dan kuasa/peranan Dewa-Dewi Bilik
Penginapan
ada kelainannya. /Rehat
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A