Page 4 - E MAJALAH_Neat
P. 4
KASHGAR MENJADI PUSAT PENYEBARAN ISLAM
Pada abad Ke 9, Kaum Uighur telah menerima
Agama Islam semasa pemerintahan Raja
Karahanidin. Pusat pemerintahan ketika itu
ialah Kashgar.
Kashgar juga telah menjadi pusat penyebaran
Islam, kesenian dan kebudayaan Islam. Di sini
juga telah lahir ratusan ulama hebat serta
karya karya agung cendiakawan Islam.
Kegemilangan Khilafah Islam ini diteruskan
oleh Kerajaan Seyyid atau Yarkent namun,
jatuh apabila Empayar Manchu telah menawan Timur Turkistan pada 1759 dan
dijajah sehingga tahun 1862.
Setelah beberapa peperangan telah berlaku, Empayar Manchu telah mengundurkan
diri dan sekali lagi khilafah Islam tertegak dengan kerajaan baru. Yang diberi nama
Kerajaan Yetteshehar pada tahun 1864.
Namun, ianya tidak kekal lama apabila Empayar Manchu mencerobohnya semula
pada tahun 1876 dan setelah beberapa kali peperangan berdarah tercetus.
Timur Turkistan ditawan keseluruhannya dan ditukarkan namanya ke ‘’Xinjiang’’
yang bermaksud ‘’Wilayah Baru’’ pada 1884.
Kejatuhan Khalifah Islam dan Dinasti Qing
Selepas itu, peluang untuk khilafah Islam menyinar semula telah ditenggelamkan
oleh Gerakkan Nasionalis China yang telah menjatuhkan Empayar Manchu pada
tahun 1911.
Secara automatik Nasionalis China menguasai keseluruhan wilayah yang ditakhluk
oleh Empayar Manchu yang di ketuai oleh Sun Yat Sen.
Nanshan Grassland Xinjiang
Empayar Manchu juga dikenali
sebagai Dinasti Qing. Digelar sebagai
Empayar Manchu kerana
pemerintahan mereka berasal dari
Kaum Manchu.
Pada ketika itu, kawalan China ke
atas Xinjiang agak longgar dan
kesempatan ini telah digunakan oleh
Muslim Uighur untuk bebas dari
cengkaman China.
Mereka menubuhkan Republik Timur Turkistan. Sebanyak dua kali penentangan
telah berlaku pada tahun 1933 dan 1944.
4