Page 5 - E MAJALAH_Neat
P. 5
China yang tidak berdiam diri, telah
melancarkan pencerobohan
tentera. People’s Liberation Army
(PLA) telah merusuh di Timur
Turkistan pada tahun 1949 hingga
tertubuhnya Wilayah Autonomi
Xinjiang.
Kedudukan Xinjiang yang strategik
dalam peta laluan sutera
menyebabkan bumi mereka
sentiasa dijajah.
Kerajaan yang menakluk juga silih berganti seperti Dinasti Han, Mongol, Gaochang,
Khotan, Turkic Khaganate, Dinasti Tang, Empayar Tibetan, Uyghur Khaganate,
Kara-Khanid Khanate, Dinasti Yuan, Dinasti Qing, Dzungar Khanate, Chagatay,
Yarkent Khanatay, Republik Turkistan Timur dan Kashgaria sebelum akhirnya di
perintah China.
Sejak itu, pelbagai tragedi hitam telah berlaku di Xinjiang dengan diikuti kempen-
kempen yang kejam ke atas Muslim Uighur.
Sejauh Mana Penindasan Terhadap Kaum Muslim Uighur
Kaum Uighur di sana ditindas sejak berpuluh tahun lamanya. Kami akan kongsikan
beberapa usaha kerajaan China yang menindas Kaum Uighur di Xinjiang.
Kami sempat berbual dengan seorang warga China yang berbangsa Uighur. Dia
menceritakan sendiri situasi yang berlaku di tempatnya.
Bersama orang Uygur yang ingin pulang ke kampung halaman
5