Page 10 - E MAJALAH_Neat
P. 10

Beliau berkata, bukan saja perbuatan Sajat itu menjejaskan imej negara dan Islam, ia
               pula dipaparkan melalui media sosial Instagram, seolah-olah perkara itu tidak ada
               kesalahan.





























               "Kalau (dalam ajaran) Islam itu tidak betul dan salah. Dia kena berhenti (melakukan
               perbuatan itu)  sebab  dalam  realiti,  dia  menimbulkan  pelbagai isu  dan dipamerkan
               dalam sosial media. Seolah-olah dia berasa tidak bersalah dan ini lebih memberatkan
               lagi isu ini.

               "Orang  ramai  marah  dan  saya  merasa  kesal.  Saya  juga  ingin  memberitahu  dia
               bahawa tolong, dengan perbuatan anda itu menimbulkan kebimbangan orang awam
               dan kemarahan orang awam.

               "Yang kedua, fikirlah tindakan anda itu dilakukan di negara orang, di bumi Makkah, di
               bumi Madinah, yang akan terjejas imej kita yang mungkin boleh menjadi isu antara
               negara. Yang ketiga, kembali lah kepada fitrah asal dan mengikuti ajaran agama kita,"
               katanya.

               Pada masa sama, Mujahid yakin perbuatan Sajat itu tidak akan menjejaskan kuota
               haji negara kerana ia adalah tindakan peribadi.

               Namun,  katanya,  pihaknya  akan  bertemu  dengan  agensi  pelancongan  yang
               menawarkan  perkhidmatan  umrah  bagi  mengelakkan  perbuatan  sama  berlaku  di
               masa depan kerana mereka yang seharusnya membuat penelitian supaya tindakan
               yang menjejaskan sensitiviti.










                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15