Page 9 - E MAJALAH_Neat
P. 9

MUJAHID 'NAIK ANGIN' DENGAN SAJAT






















               MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof kesal dengan ahli
               perniagaan,  Muhammad  Sajad  Kamaruzzaman  atau  dikenali  sebagai  Sajat,  yang
               berpakaian  seperti  wanita  ketika  berada  di Tanah  suci  ketika  mengerjakan  umrah
               baru-baru ini.

               Mujahid berkata, tindakan Sajat itu menjejaskan imej sebagai seorang lelaki secara
               biologi dan yang tertera di kad pengenalannya, tetapi berpakaian seperti wanita ketika
               di Makkah.

               Katanya,  beliau  menerima  banyak  aduan  daripada  jemaah  dan  mereka  yang
               menyaksikan  perbuatan  Sajat  itu,  berikutan dengan  berpakaian  wanita,  usahawan
               kosmetik itu bergaul dan berada di ruang solat untuk wanita.

               "Ini menimbulkan ketidakselesaan, daripada banyak aduan oleh jemaah sendiri dan
               orang  yang  menyaksikan  peristiwa  itu  tidak  berpuas  hati,  dia  sudah  menceroboh
               ruang yang ditentukan untuk wanita dengan berpakaian serupa.

               "Ini sangat menjejaskan imej Islam dan saya amat kesal dengan perbuatannya dan
               saya masih menunggu laporan yang berkaitan kerana saya difahamkan beliau masih
               berada di Makkah, belum balik lagi," katanya kepada pemberita selepas sesi Town
               Hall Maqasid Syariah Kementerian Kesihatan di Putrajaya tadi.

               Mujahid  berkata,  beliau  juga  sedang  mendapatkan  maklumat  berkenaan  agensi
               pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga serta rakannya menunaikan ibadah
               umrah.
               Katanya, beliau kesal berikutan agensi berkenaan seharusnya maklum bahawa Sajat
               adalah seorang individu yang menimbulkan kontroversi.

               "Saya tidak tahu apa janji dia kalau dia (agensi pelancongan) bawa pergi umrah. Apa
               janji  dia  untuk  tidak  menimbulkan  perkara  yang  boleh  menimbulkan  kemarahan
               rakyat," katanya.



                                                            9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14