Page 11 - E MAJALAH_Neat
P. 11

ENAM TANDA KIAMAT YANG PERLU KITA INGATI


































               Seorang sahabat datang bertanyakan kepada Rasulullah SAW, bilakah akan terjadi
               kiamat?  Rasulullah  SAW  yang  ketika  itu  sedang  menyampaikan  tazkirah  tidak
               menjawab, sebaliknya Baginda meneruskan ceramahnya.

               Apabila selesai, Rasulullah SAW berkata, siapakah yang bertanya tadi dan sahabat
               itu  menjawab:  "Saya  wahai  Rasulullah."  Lalu  Baginda  SAW  bertanyakan  sahabat
               berkenaan, apa yang sudah engkau siapkan untuk hari kiamat.
               Ini bukti Rasulullah SAW tidak mengetahui bilakah akan berlaku kiamat, justeru andai
               ada yang berkata mereka mengetahui bila kiamat, golongan itu bercanggah dengan
               al-Quran dan sunah.

               "Antara tanda fizikal ialah ucapan Nabi SAW, umat akhir zaman akan berlumba-lumba
               membuat bangunan tinggi yang kini sudah kita saksikan. Jika dahulu paling tinggi di
               Makkah  ialah  Jabal  Abi  Qubais,  iaitu  bukit  terletak  di  belakang  bukit  Safa,  tetapi
               sekarang ia yang paling rendah.

               "Seorang  hamba  melahirkan  tuannya,  juga  sudah  nampak.  Ketika  umat  Islam
               berkuasa dan menguasai satu tempat, perempuan dulunya hamba melahirkan anak
               yang merdeka.

               "Namun, hadis ini condong kepada makna seorang ibu melahirkan anak dan anaknya
               menderhaka sehingga seolah-olah ibu menjadi kuda, manakala anak menjadi tuan,"
               katanya.
               Beliau berkata, sekarang muncul orang jahil yang kemudian dianggap berilmu, pandai
               berbicara dan memakai pakaian ulama tetapi dia sesat serta menyesatkan.






                                                           11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16