Page 12 - E MAJALAH_Neat
P. 12
"Apabila diberi satu perkara bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kiamat.
Sebenarnya isi dunia sudah kiamat tetapi alamnya belum lagi. Di negara ini, masih
ada ulama dan mufti, maka hindari orang jahil yang tidak diketahui sanad ilmunya,"
kata beliau.
banyak terjadi gempa, bumi digoncangkan dan keluar isi daripada alam.
Persoalannya, apakah kejadian itu membuat manusia merasa tertekan dan tidak
beramal sedangkan ia sepatutnya meningkatkan semangat untuk meningkatkan amal
soleh.
banyak terjadi fitnah, baik perkataan atau di media sosial seperti Facebook, WhatsApp
atau Twitter, begitu juga fitnah penyeksaan yang dihadapi umat Islam di Palestin dan
Rohingya sehingga hari ini.
"Seterusnya, pembunuhan yang banyak, bagaimana mereka memusnahkan kaum
Muslimin antaranya penghapusan etnik Bosnia, pembantaian di Iraq dan konflik di
Palestin yang tidak nampak kesudahannya.
ramai orang memiliki harta melimpah-ruah seperti air yang tumpah berbanding dulu
kerana untuk kaya terpaksa bekerja keras mengeluarkan penuh, tetapi kini duduk
sahaja pun boleh jadi kaya.
12