Page 16 - JA212_SADN1033_C
P. 16
2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA
Sebagai contoh, sewaktu penularan wabak Covid-19 pada awal tahun lepas,
rakyat Malaysia bersatu padu menggembleng tenaga sebaik mungkin tanpa
mengira perbezaan yang wujud. Petugas barisan hadapan seperti sektor
kesihatan, sektor kritikal dan lain-lain bersengkang mata demi melindungi
rakyat Malaysia. Di awal penularan wabak Covid-19, pihak kesihatan mengalami
kekurangan kelengkapan alat perlindungan diri atau personal protective
equipment (PPE) akibat daripada kes yang mendadak naik dan masalah
kewangan. Hal ini mengakibatkan petugas barisan hadapan khususnya di
hospital terpaksa menjahit sendiri. Namun, atas dasar nilai-nilai moral yang
tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, masalah dapat di tangani dengan cekap
apabila pereka fesyen di Malaysia berganding bahu menyediakan PPE mengikut
kreativiti masing-masing tetapi masih mengekalkan faktor perlindungan yang
tinggi kepada petugas barisan hadapan. Misalnya, Datuk Radzuan Radziwill
menghasilkan PPE yang terdiri daripada tujuh jenis barangan seperti jubah,
pelindung kepala, tudung dan sarung kaki khas (Ishak, 2020). Datuk Jovian
Mandagie pula menghasilkan PPE yang diperbuat daripada fabrik putih sebagai
tanda hati suci di samping menghasilkan Jovian Hygiene Kit(Hussain, 2020).
Pelajar jurusan Rekan Bentuk Fesyen dan Pakaian bersama kakitangan dan
pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan turut membantu dalam menghasilkan
PPE (Bernama, 2020). Selain itu, MStar (2020) menyatakan Tom Abang Saufi dan
Melinda Looi bekerjasama melancarkan jualan topeng muka yang di kenali
sebagai #UnityMasks yang menerapkan elemen antara bendera Malaysia dan
bendera negeri- negeri Malaysia. Hasil daripada jualan tersebut di sumbangkan 13
kepada badan-badan kebajikan di Malaysia.
Tambahan pula, bantuan seperti bekalan makanan turut di agihkan oleh pihak
kerajaan dan badan-badan sukarela. Seluruh rakyat Malaysia di bawah satu
naungan di mana dapat di lihat nilai-nilai moral dan budaya yang baik di
terapkan dalam diri setiap rakyat. Jelaslah bahawa rakyat Malaysia
mengamalkan nilai-nilai moral dan budaya yang baik dan sentiasa bersemangat SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA
positif dalam mengharungi cabaran yang mendatang.