Page 18 - JA212_SADN1033_C
P. 18

2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA

     Kini, Malaysia berada dalam fasa pemulihan daripada wabak Covid-19. Seperti

     yang  di  ketahui  umum,  ramai  pihak  yang  terjejas  akibat  daripada  penularan

     wabak  Covid-19.  Selari  dengan  keadaan  ini,  pihak  kerajaan  khususnya  telah
     mengambil  pelbagai  inisiatif.  Hal  ini  dapat  di  lihat  melalui  konsep  Keluarga

     Malaysia yang telah di laksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-9,

     Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Keluarga Malaysia merangkumi tiga teras yang
     utama  iaitu  keterangkuman,  kebebasan  dan  kesyukuran  (Keluarga  Malaysia,

     2021).


                       "Ayuh kita bersama bangunkan semula


                    Rapatkan hatimu, hapuskanlah kebencian

                           Ayuh kita zahirkan impian bersama

                         Menjunjung semangat yang bernama

                                          Keluarga Malaysia"

                                                       LAGU KELUARGA MALAYSIA (ROCKETFUEL NETWORK, 2021)


     Melalui bait-bait lirik dalam lagu Keluarga Malaysia, rakyat Malaysia di dorong
     agar  dapat  menerima  sebarang  persamaan  dan  perbezaan  berlandaskan

     kepada nilai dan ciri Keluarga Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan dan
     Rukun Negara sekaligus memulihkan semula negara ke arah mencapai status

     negara maju dan berpendapatan tinggi (Keluarga Malaysia, 2021).



                                                                                                                        15 SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23