Page 20 - JA212_SADN1033_C
P. 20
2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA
Oleh yang demikian, ketiga-tiga kategori tersebut perlu memperkemas proses
komunikasi yang bersesuaian agar kadar gangguan dapat di kurangkan.
Sekiranya gangguan komunikasi dapat ditangani dengan baik maka
pemahaman yang tepat akan di peroleh sekaligus melancarkan proses PdPR.
Misalnya, pelajar perlu menyediakan persekitaran yang selesa seperti peranti
dan pautan berada dalam keadaan yang baik agar ilmu yang di terima dapat di
fahami dengan mudah. Guru juga hendaklah menyediakan kandungan
pelajaran yang ringkas dan padat serta menggunakan kesesuaian alat bantu
mengajar yang menarik. Semasa PdPR, guru hendaklah membuat persediaan
yang rapi agar kes keciciran murid berkurang dari masa ke masa.
Dalam tempoh pemuliharan negara ini pula, sistem penggiliran telah di
laksanakan di mana PdPR masih berjalan seperti biasa dan sebahagian pelajar
pula mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka (Jalil, 2021).
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting ketika sistem penggiliran di
laksanakan, hal ini kerana pelajar tidak dapat di pantau oleh guru sepenuhnya.
Membiarkan anak-anak tanpa panduan guru mengakibatkan pelajar tercicir
dari landasan pembelajaran. Oleh itu,ibu bapa perlu peka terhadap jadual
penggiliran serta keperluan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh bersikap
bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Jelaslah bahawa jaringan hubungan
yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia mampu untuk membantu
menangani tiap cabaran yang mendatang. 17 SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA