Page 71 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 71
DASAR PENGURUSAN & PENTADBIRAN
ARAHAN AM
1. WAKTU RASMI BEKERJA
1.1 Guru dan staf sokongan MESTI mematuhi Jadual Waktu Bekerja yang ditetapkan.
1.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sebelum pukul 7.20 pagi dan waktu
balik adalah pada atau selepas 2.30 petang, kecuali dengan kebenaran PENGETUA.
1.3 Kehadiran bekerja guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) MESTI dicatat di Buku
Kehadiran Guru / Komputer semasa sampai di sekolah dan sewaktu balik dari sekolah.
1.4 Guru dan AKP yang tidak dapat hadir atau datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
bertulis dan sebab-sebab yang wajar kepada Pengetua.
1.5 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat atas sebab yang tidak dapat
dielakkan hendaklah maklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran secepat
mungkin supaya relief dapat diuruskan.
1.6 Semua urusan peribadi guru dan staf sokongan hendaklah dibuat di luar waktu bekerja
kecuali dalam keadaan kecemasan dengan kebenaran Pengetua.
1.7 Waktu bekerja untuk Pembantu Makmal adalah pada pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang.
Waktu rehat adalah pada pukul 3.00 petang hingga 3.30 petang / waktu tiada sesi
pembelajaran.
2. KELUAR WAKTU BEKERJA
2.1 Guru dan AKP TIDAK dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu bekerja
kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri /
Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua.
2.2 Guru dan AKP dikehendaki memohon kebenaran keluar daripada Pengetua dan mencatat
tujuan dan waktu keluar serta balik dalam Buku Rekod Keluar di Pejabat Am sekolah.
2.3 Guru perlu memberi dan menyediakan modul relief terancang untuk murid melalui Penolong
Kanan Pentadbiran / Guru relief sebelum meninggalkan sekolah.
2.4 Guru dilarang meninggalkan kelas tanpa kebenaran Ketua Jabatan.
3. JADUAL WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu Pengajaran dan
Pembelajaran Kelas untuk dipamerkan dalam kelas masing-masing.
3.2 Guru tidak dibenarkan mengubah Jadual Waktu PdP yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
Pengetua.
3.3 Guru mesti masuk dan keluar kelas untuk tujuan PdP mengikut masa yang
ditetapkan. Keluar awal, masuk lewat atau ponteng adalah tidak dibenarkan.
4. REKOD KEHADIRAN MURID / e-Kehadiran
4.1 e-Kehadiran perlu di key-in oleh semua guru tingkatan sebelum tamat sesi persekolahan
setiap hari persekolahan.
4.2 Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Guru Tingkatan Kedua / Penyelaras Tingkatan akan
mengambil alih tugas tersebut.
4.3 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu,
ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
4.4 Analisis bulanan kehadiran murid perlu dicetak setiap akhir bulan dan akan disemak oleh
Penolong Kanan HEM.
4.5 Butiran murid mesti sentiasa dikemaskinikan oleh guru tingkatan.
5 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
5.1 Semua guru dan AKP dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada
dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dirujuk kepada Penolong Kanan HEM / Guru
Disiplin / Pengetua.
5.2 Guru Kanan / Ketua Panitia perlu memastikan peraturan penggunaan alat dan bilik khas
seperti makmal sains dan bengkel sentiasa dipamerkan dengan jelas dan dipatuhi oleh
murid.
1