Page 72 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 72
6. KEBERSIHAN
6.1 Semua guru dan AKP bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekolah.
6.2 Guru tingkatan perlu memastikan Jadual Pembersihan Kelas disediakan, dipamerkan dan
dilaksanakan oleh murid masing-masing. Segala alat pembersihan seperti penyapu,
penyodok dan kain perlu digunakan dengan cara yang betul dan disimpan dengan selamat.
6.3 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel bilik
kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik
masing-masing.
7. SURAT-MENYURAT
7.1 Semua surat rasmi mesti dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.
7.2 “Letter-head” sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua.
8. SURAT YANG DITERIMA
8.1 Sekiranya surat dipanjangkan kepada guru atau staf sokongan untuk tindakan lanjutan, guru
atau AKP berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat tersebut dengan
merujuk kepada Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM /
Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Kanan dari masa ke semasa.
8.2 Guru dan AKP boleh menyimpan surat yang disalinkan dari surat asal.
8.3 Guru dan AKP perlu mengembalikan segala salinan asal surat rasmi sekolah ke pejabat am
untuk pemfailan. Guru dan AKP tidak dibenarkan untuk menyimpan salinan asal surat rasmi
sekolah untuk rujukan sendiri.
9. PERGI KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
9.1 Guru dan AKP tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada waktu persekolahan.
9.2 Guru dan AKP perlu memakai pakaian bekerja yang sesuai dan tanda nama semasa
bertugas rasmi di dalam / luar sekolah.
10. PELAWAT
10.1 Semua pelawat MESTI dibawa berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan
Pentadbiran terlebih dahulu sebelum berurusan dengan guru atau staf sokongan.
10.2 Guru dan AKP tidak dibenarkan berbincang dengan wakil syarikat atau penjual tanpa
kebenaran Pengetua.
10.3 Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat.
11. PEMBELIAN BARANG
11.1 Segala pembelian oleh guru dan staf sokongan mesti dimulakan dengan mengisi Borang
Nota Minta.
11.2 Borang ini mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong
Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
11.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan (Nota Minta )
11.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam Buku
Rekod Penerimaan Stok dengan kemas yang disediakan di pejabat am.
11.5 Semua Borang Pesanan mesti ditandatangani oleh Pengetua, Pembekal dan Penerima.
12. KEGIATAN KOKURIKULUM
1. Semua guru dikehendaki menjalankan tugas guru penasihat badan beruniform / kelab dan
persatuan / sukan dan permainan dengan cekap dan teratur.
2. Segala kecederaan murid yang serius mesti dilaporkan kepada ibu bapa murid dan
Pengetua sebelum murid dihantar ke hospital.
13. PERHIMPUNAN
1. Semua guru WAJIB menghadiri perhimpunan mingguan rasmi sekolah
2. Guru dikehendaki menyanyikan Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
3. Guru dikehendaki mengawal disiplin murid semasa perhimpunan.
4. Guru hendaklah turut sama dalam majlis bacaan Yaasin /Al-Kahfi pada hari Khamis.
5. Guru hendaklah turut sama menjayakan Program Cinta Al Quran pada hari Khamis
2