Page 73 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 73
14 BUKU STOK/INVENTORI
Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / iventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua / Penolong Kanan.
15 TANDA NAMA
1. Semua guru dan staf sokongan dikehendaki memakai tanda nama pada waktu bertugas
rasmi di sekolah atau di luar sekolah.
2. Tanda nama mesti mengikut saiz dan warna yang ditetapkan.
16 KEAHLIAN JAWATANKUASA KELAB BILIK GURU & STAF
1. Semua guru dan AKP adalah ahli Jawatankuasa Kebajikan Kelab Guru dan Staf dan PIBG
sekolah.
2. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kelab
17 PENGGUNAAN PERALATAN PEJABAT DAN SEKOLAH
1. Penggunaan peralatan pejabat dan sekolah hendaklah betul dan mengikut peraturan.
2. Kebenaran penggunaan peralatan pejabat dan sekolah perlu diperoleh daripada pengetua
atau pihak yang dipertanggungjawabkan oleh pengetua.
3. Peralatan pejabat mesti dikembalikan dengan segera dan keadan yang baik.
4. Sekiranya kerosakan berlaku, peralatan tersebut perlu dilaporkan kepada pengetua dan
diganti balik
18 ARAHAN DAN PEKELILING
1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatanga selepas membacanya.
2. Sekiranya arahan dan surat pekeliling diberi terus, guru hendaklah menyimpannya dalam fail
khas.
3. Sekiranya surat pekeliling itu daripada Kementerian dan Jabatan Pendidikan, guru
hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
4. Sekiranya guru ingkar arahan pengetua tanpa alasan munasabah, beliau boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
19 TELEFON / FAKS
Penggunaan telefon / faks hanya untuk urusan rasmi sahaja. Guru dan AKP hanya dibenarkan
untuk menggunakan kemudahan tersebut untuk urusan rasmi sahaja.
20 KUNCI
1. Semua kunci sekolah mesti disimpan di pejabat.
2. Kebenaran mesti diperolehi daripada pengetua sekiranya guru dan AKP hendak menyimpan
salinan kunci bilik tertentu.
3. Guru dan AKP yang memegang kunci sekolah bertanggungjawab terhadap keselamatan
bilik tersebut sepenuhnya.
4. Semua kunci bilik-bilik khas hendaklah diserahkan ke pejabat sebelum cuti penggal
persekolahan.
21 ACARA DAN MAJLIS SEKOLAH
1. Semua guru dan AKP WAJIB hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah, kecuali
jika ada keuzuran dan hal kecemasan dengan kebenaran pengetua.
2. Jika guru atau AKP tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, pengetua
hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
22 MESYUARAT GURU
1. Kehadiran guru dan AKP ke mesyuarat rasmi sekolah adalah WAJIB.
2. Keputusan semasa mesyuarat adalah muktamad.
3. Ketetapan masa semasa menghadiri mesyuarat perlu dipatuhi.
4. Guru yang tidak dapat hadir mesyuarat, perlu memberikan kenyataan kepada pengetua.
3