Page 37 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 37
DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SENARAI TUGAS UNTUK GURU BERTUGAS
4.SELEPAS PERHIMPUNAN
a) Membantu pengawas mengawasi pergerakan pelajar balik ke kelas masing-masing dengan
teratur dan tidak membuat bising serta membuat pemeriksaan kebersihan diri murid.
b) Mengawasi pergerakan pelajar sepanjang masa persekolahan berjalan supaya tiada pelajar
yang berkeliaran tanpa sebab,tiada kelas yang terlalu bising dan pastikan pelajar yang
keluar memakai kad keluar.
5. MASA 20 MINIT
a) 20 minit sebelum dan selepas loceng pertama, bantu pengawas awasi pelajar di pintu masuk
dan menahan pelajar yang datang lewat.
b) Guru bertugas diminta berada di laluan jalan balik untuk memantau pergerakan pelajar
keluar dari kawasan sekolah secara tertib dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
6. PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR
a) Mengawas murid-murid sakit/mendapat kemalangan mengikut arahan Guru Besar dan
Penolong Kanan.
b) Pertimbangan rawatan kecemasan .(JANGAN SEKALI-KALI MEMBERI UBAT KEPADA
PELAJAR)
c) Kalau terlalu serius uruskan penghantaran ke hospital dan maklumkan kepada Penolong
Kanan HEM untuk menghubungi waris.
d) Hubungi ibu bapa /Waris, maklum, jika perlu hubungi ambulans.
7.PENYELIAAN
a) Bagi tujuan memastikan premis di bawah sentiasa berada di dalam keadaan :-
> Bersih> Kemas> teratur> Ceria
i) Bilik Darjah ii) Bangunan
iii) Tandas dan bilik air iv) Kantin
v) Kawasan sekolah
b) Buat laporan segera jika berlaku:-
> kerosakan /kebocoran
> Pencerobohan /vandalisma
8.KESELAMATAN JALANRAYA
a) Mengawas keselamatan murid menyeberang jalanraya dan yang menunggu kenderaan
pada waktu lepas persekolahan.
b) Membantu murid berpayung semasa hujan waktu pagi semasa hadir ke sekolah.
9. DISIPLIN
a) Mengawal disiplin murid-murid pada waktu tidak mengajar terutamanya pada waktu rehat
,guru bertugas hendaklah meronda ke seluruh bangunan dan kawasan sekolah untuk
mengawas kelakuan murid.
b) Mengawasi sekitar kantin sekolah bagi memastikan peraturan membeli makanan dan
minuman dipatuhi murid.
36