Page 36 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 36

DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
                     PROSEDUR KERJA GURU KELAS



            13. DATA SISTEM MAKLUMAT MURID APDM, SPS.
            13.1  Menyemak dan mengemaskini data Sistem Maklumat
                 Murid dari segi pendapatan,isi keluarga,alamat dan
                 nombor telefon terkini.
            13.2  Mulai tahun 2009 ,semua guru kelas diminta
                 mengedarkan borang yang mengandungi data
                 maklumat murid terkini yang dipanggil data BMM iaitu
                 data Borang Maklumat Murid .Dengan mengisi borang
                 tersebut,pelajar tidak perlu mengisi borang-borang
                 bantuan yang lain seperti SPBT,RMT dan lain secara
                 berasingan.



             SENARAI TUGAS UNTUK GURU BERTUGAS

        SEMUA GURU BERTUGAS, BERTUGAS SEBAGAI SATU PASUKAN.

        1. KETUA:
        a)     Bertanggungjawab mengagihkan tugas guru bertugas.
        b)     Kekemasan laporan yang dibuat.
        c)     Mendapatkan buku bertugas pada hari pertama bertugas.
        d)     Mengumpul dan menyerahkan laporan lengkap pada hari terakhir bertugas.

        2.SEMUA GURU BERTUGAS
        a)     Berada di dalam kawasan sekolah 20 minit sebelum loceng berbunyi pukul 7.40 pagi.
        b)     Berada di stesen masing-masing pada waktu pagi,rehat dan selepas sekolah.
        c)     Pulang 30 minit selepas loceng akhir berbunyi / setelah dipastikan semua pelajar telah
               pulang.

        3.WAKTU PERHIMPUNAN MURID
        a)     Mengawas perhimpunan murid-murid pada waktu pagi dan pada bila-bila masa jika
               perhimpunan diadakan pada hari itu.
        b)     Pastikan murid berbaris dengan lurus dan mengikut kelas masing-masing.
        c)     Pastikan tidak ada yang berbual semasa ucapan,pengumuman dibuat.
        d)     Pastikan kerusi untuk guru mencukupi dan teratur.
        e)     Tentukan alat siaraya berfungsi dengan baik dan sedia digunakan.
        f)     Pastikan ucapan dan pengumuman padat dan ringkas serta perhimpunan bersurai tepat
               mengikut waktu. Sediakan Minit Curai untuk makluman semua guru.







                                                                                               35
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41