Page 31 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 31
DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
POLISI PENGURUSAN SEKOLAH
50. PERINTAH AM
50.1 Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan peraturan di
dalam Perintah Am Persekutuan.Guru-guru dinasihatkan meneliti ,memahami dan
mematuhi isi kandungan dokumen-dokumen yang terdapat di dalam buku
tersebut,khasnya Bab C dan Bab D.
50.2 Sebagai Pendidik ,guru juga hendaklah memahami dan menghayati serta
mempraktikkan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
51. PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI
51.1 Pemohon perlu mendapatkan kebenaran /kelulusan PPD/JPN.
51.2 Pastikan jumlah potongan tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan
pendapatan bulanan.
51.3 Guru besar hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi oleh pemohon.
52. PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN/KENDERAAN/KOMPUTER
52.1 Pemohon perlu mendapatkan borang samada dari pejabat sekolah atau
PPD/JPN/KPM.
52.2 Pastikan borang lengkap diisi bersama –sama dokumen sokongan yang dikehendaki.
52.3 Semua permohonan mestilah melalui guru besar sekolah untuk sokongan dan
pengesahan.
53. PERTUKARAN GURU
53.1 Permohonan dan semakan pertukaran guru antara negeri dibuat secara online
sepanjang tahun.Namun proses pertukaran hanya berlaku dua kali setahun iaitu Jun
dan Disember.
53.2 Pertukaran guru antara daerah dan dalam daerah perlu dibuat kepada JPN melalui
PPD.
53.3 Pengesahan dan perakuan daripada ketua jabatan adalah diperlukan.
53.4 Pastikan maklumat EMIS/HRMIS guru yang bertukar dibawa bersama.
54. TUGASAN LUAR (JURULATIH UTAMA/FASILITOR/KAKITANGAN SUMBER).
54.1 Guru yang terlibat dengan tugasan-tugasan rasmi luar masih tertakluk kepada
kelulusan/kebenaran guru besar
54.2 Guru perlu mengutamakan tugasan sekolah tempat bertugas.
55. SENARAI SEMAK BUDAYA TUTUP DAN BUKA SEKOLAH
55.1 Pastikan semua butiran dalam Senarai Semak dipatuhi dan dilaksanakan.
55.2 Senarai Semak yang telah lengkap diisi hendaklah diserah ke pejabat.
56. URUSAN DENGAN PPD DAN JPN
56.1 Setelah mendapat kebenaran dan kelulusan atau arahan Guru Besar.
56.2 Berpakaian rasmi (pakaian kerja).
30