Page 29 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 29
DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
POLISI PENGURUSAN SEKOLAH
38. MENGHADIRI KURSUS/MESYUARAT/TAKLIMAT/SEMINAR/BENGKEL ANJURAN
SEKOLAH/PPD/JPN/KPM
38.1 Kehadiran guru adalah wajib.
38.2 Sila lengkapkan minit curia sekembalinya daripada
mesyuarat/seminar/taklimat/kursus/bengkel untuk makluman serta tindakan
pentadbir seterusnya.
38.3 Sekiranya tidak dapat hadir ,sila berjumpa terus lebih awal dengan Guru Besar
bersama surat tunjuk sebab.
38.4 Buku Rekod Mengajar perlu disediakan seperti biasa dan buat catatan.
38.5 Siapkan minit curai dan adakan ‘in-house training’ selepas menghadiri kursus.
39. MESYUARAT GURU DAN JAWATANKUASA SEKOLAH
39.1 Setiap guru mesti hadir pada mesyuarat guru yang diadakan.
39.2 Setiap guru yang menjadi ahli jawatankuasa induk sesuatu bidang juga perlu hadir
pada mesyuarat yang di adakan.
39.3 Sekiranya guru berkenaan tidak dapat hadir ,sila maklumkan kepada Guru Besar
sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan.
39.4 Pastikan guru membuat catatan semasa mesyuarat dijalankan .
39.5 Pencatat minit/setiausaha dikehendaki menyediakan minit mesyuarat selewat-
lewatnya 3 hari selepas mesyuarat diadakan dan kemudiannya diedarkan untuk
tindakan guru.
40. PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
40.1 Guru perlu bersedia lebih awal untuk mengajar sebelum masuk ke kelas.
40.2 Pastikan guru tidak mengajar sambil duduk kerana ini budaya atau amalan yang tidak
baik bagi seorang guru .
40.3 Guru mengajar berdasarkan perancangan yang telah dibuat sepertimana
tercatat di dalam buku dokumen Persediaan Mengajar.
40.4 Guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima pemantauan / pencerapan dari
pentadbir /pelawat sekolah (Nazir,PPD,JPN,KPM) berdasarkan skor standard 4
SKPMg2.
41. PAS KELUAR MURID
41.1 Semua kelas diberi dua pas keluar murid.
41.2 Pas ini perlu disimpan di dalam kelas pada setiap masa.
41.3 Pas keluar diberi kepada murid yang difikirkan perlu sahaja terutama sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran.
41.4 Guru bertanggungjawab ke atas murid yang dibenarkan keluar.
42. PEMBELIAN DAN PEMESANAN BARANGAN
42.1 Sebarang pembelian dan pesanan alatan/barangan hendaklah melalui Ketua Panitia
masing-masing dengan menggunakan Borang Nota Minta untuk mendapat kelulusan
daripada Guru Besar/Penolong Kanan.
42.2 Pastikan semua pembelian hendaklah ada dalam perancangan terlebih dahulu dan
dirujuk pada baki peruntukan yang sedia ada, bajet tahunan/jumlah PCG.
42.3 Pesanan barangan sendiri secara ‘online’ tidak dibenarkan menggunakan alamat
sekolah.
28