Page 24 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 24

DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
                     POLISI PENGURUSAN SEKOLAH



        14.    CUTI REHAT KHAS (CRK)
               14.1    Setiap guru diberi peruntukan cuti rehat khas sebanyak 10 hari setahun.
               14.2    Guru layak memohon cuti tetapi kelulusan atas budi bicara Guru Besar.
               14.3    Semua permohonan borang CRK dalam 2 salinan diserah sendiri kepada penolong
                       kanan  Pentadbiran  untuk  sokongan  sebelum  mendapat  kelulusan  daripada  Guru
                       Besar.
               14.4    Permohonan cuti yang dirancang perlu dibuat permohonan 3 hari lebih awal sebelum
                       tarikh permohonan cuti tersebut.
               14.5    Sekiranya ada kecemasan dan ingin memohon cuti rehat khas ,sila
                       pastikan guru berkenaan menghubungi pihak pentadbir sekolah bagi
                       tujuan guru ganti dan setelah kembali semula pastikan borang cuti diisi.
               14.6    Guru tidak dibenarkan bercuti selagi permohonan belum mendapat kebenaran atau
                       kelulusan Guru Besar. Layak memohon sahaja tetapi bukan hak mutlak.

        15.    CUTI SAKIT
               15.1    Sekiranya cuti sakit ,serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar pada hari berikutnya.
               15.2    Andainya cuti sakit lebih dari 2 hari,sila dapatkan pengesahan daripada   doktor
               kerajaan.
               15.3   Sijil cuti sakit dari klinik kerajaan atau swasta hanya terhad kepada hanya 15 hari bagi
                      setiap tahun. Perlu diingat, setiap cuti sakit yang diambil  boleh  menjejaskan kiraan
                      ganjaran pencen kelak
               15.4   Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus-putus akan
                      dilaporkan  ke  Jabatan  Pendidikan  Negeri  dan  Kementerian      Pendidikan  untuk
                      menentukan pembayaran gaji. (Rujuk : SPP Bil.2/2006)

        16.    CUTI HJ / CUTI UMRAH/ CUTI BERSALIN / CUTI TANPA REKOD / CUTI TANPA GAJI
               16.1    Segala dokumen/sijil/surat perlu dikemukakan bersama borang permohonan melalui
                       Guru Besar sebelum dihantar ke JPN untuk kelulusan.
               16.2    Permohonan perlu dibuat lebih awal mengikut prosedur yang sedia ada.
               16..3   Istilah ‘keluarga terdekat ‘ ialah isteri/suami ,anak-anak, ibu bapa dan mertua guru itu
                       sahaja.,Adik-beradik  tidak termasuk dalam istilah keluarga terdekat.
               16.4    i)Cuti Hj - 40 hari (Perintah Am Bab C)
                       ii) Cuti Umrah -7 hari bekerja (SPP Bil. 3/2017)
                       iii)Cuti Bersalin- 90 hari@60 hari ,suami layak 7 hari (Layak untuk 5 kali sepanjang
                       perkhidmatan (SPP Bil.5/2017)
                        iv) Cuti Tanpa  Rekod –tidak melebihi 14 hari setahun ( Perintah Am Bab C)
                       v) Cuti Tanpa Gaji – tidak ada had/tempoh yang ditetapkan tetapi mengikut tempoh
                       perkhidmatan.Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil sekali
                       dalam masa 4 tahun.(SPP Bil.4/2009)

        17.    CUTI  KELUAR NEGARA
               17.1.1  Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat kelulusan JPN (Unit
                       Perhubungan Dan Pendaftaran)
               17.1.2  Borang permohonan perlu di kemukakan sekurang-kurangnya 21 hari  dari tarikh
                       mula bercuti.(Online ke unit Perhubungan JPN).



                                                                                               23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29