Page 25 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 25

DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
                     POLISI PENGURUSAN SEKOLAH



        18.      CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN
               18.1  Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara
                      bertulis  daripada  Kementerian  Pendidikan  atau  Jabatan  Pendidikan    Negeri  untuk
                      mengikuti pengajian tersebut.

        19.    CUTI PENGGAL
               19.1    Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat
                       tahunan . Walau bagaimana pun ,guru boleh dipanggil bertugas oleh guru besar tidak
                       melebihi  sepertiga  daripada  jumlah  cuti  sesuatu  tahun  untuk  menjalankan  tugas-
                       tugas selain daripada tugas mengajar.

        20.    CUTI KUARANTIN
                20.1   Guru layak memohon cuti kuarantin jika anak jagaan (kandung/tiri/angkat)di bawah
                       umur  18  atau  21  tahun  (jika masih  belajar)  diperakukan  oleh  pegawai  perubatan
                       kerajaan atau swasta menghidap penyakit berjangkit.
               20.2    Tempoh yang diluluskan terhad kepada 5 hari bekerja.(Rujuk : SPP Bil.11/2016)

        21. FAIL-FAIL BIDANG / UNIT/JAWATANKUASA
               21.1    Fail-fail yang dalam simpanan peribadi guru seperti fail meja,fail  panitia,fail unit dan
                       sebagainya perlu disimpan di tempat selamat dalam bilik fail dan sebagainya.
               21.2    Kandungan fail hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
               21.3    Fail-fail bukanlah milik peribadi dan tidak dibenarkan bawa pulang ke rumah.
               21.4    Semua fail perlu ada nombor yang telah ditetapkan menggunakan     sistem fail
                       arked yang sedang digunapakai sekarang.
               21.5    Semua fail merupakan dokumen penting sebagai bahan dokumentasi dan bukti serta
                       menjadi bahan rujukan /semakan/panduan kepada guru.

        22.    FAIL-FAIL SEKOLAH
               22.1    Fail peribadi guru adalah fail sulit dan guru dilarang mengambil atau    melihat
                       kandungan fail tersebut kecuali pentadbir.
               22.2    Fail-fail   di   pejabat   yang   hendak   dirujuk   /diambil   perlulah   melalui
                       pembantuTadbir/Pembantu Operasi dan dikembalikan dengan kadar    segera.
               23.4    Fail-fail sekolah di pejabat adalah dilarang di bawa keluar dari pejabat.

        23.    PENGESAHAN JAWATAN & KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
               23.1    Sekolah akan uruskan pengesahan jawatan guru dan kemasukan ke dalam jawatan
                       berpencen
                23.2    Boleh memilih skim pencen atau KWSP
                23.3    Pengesahan boleh dibuat setelah lulus kursus induksi (hadir dan lulus dalam tempoh
                       3 tahun)
               23.4    Tempoh pengesahan bergantung kepada surat  tawaran.

        24.    GAJI
               24.1    Persediaan gaji dibuat dua bulan lebih awal
               24.2    Potongan yang diuruskan oleh pihak sekolah melibatkan hal yang berkaitan dengan
                       kerajaan seperti; cukai pendapatan, pinjaman perumahan, KWSP dan tabung Hj.


                                                                                               24
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30