Page 27 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 27
DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
POLISI PENGURUSAN SEKOLAH
29. KAWASAN LARANGAN MURID
29.1 Murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan sekolah iaitu pejabat,bilik
Penolong Kanan ,bilik guru,makmal komputer,makmal sains,pusat sumber sekolah,
bengkel RBT selain mendapat kebenaran daripada guru dengan menggunakan pas.
30. PAKAIAN GURU DAN STAF
30.1 Semua guru/kakitangan dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas seperti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kasut sukan.seluar jeans,slacks
dan tracksuit,bajuT,jersi,seluar pendek,ketat ,sendat dan apa-apa pakaian menutup
muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata tidak
boleh dipakai.(Rujuk : SPI Bil.6/1985 dan SPP Bil.2/1985)
30.2 Pakaian uniform lengkap hendaklah dipakai pada setiap hari Rabu, berbaju batik
pada hari Khamis, berbaju Melayu pada hari Jumaat sepertimana yang telah
ditetapkan oleh KPM dan JPN
30.3 Guru dibenarkan memakai pakaian sukan lengkap sepanjang hari persekolahan
semasa hari kegiatan Pendidikan Jasmani ataupun mengikut kesesuaian aktiviti
dengan kebenaran guru besar. (Contoh:Aktiviti Sukan/
Gotong Royong )
30.4 Semua guru dan staf mesti memakai tanda nama sepanjang waktu persekolahan .
(latar hitam dan tulisan nama berwarna putih).
30.5 Guru lelaki tidak digalakkan berambut panjang atau membuat rambut yang
berfesyen.
31. KELAS TAMBAHAN/INTENSIF
31.1 Guru yang ingin mengadakan projek/aktiviti/kelas tambahan di luar waktu
persekolahan iaitu selepas masa persekolahan atau pada hari sabtu atau ahad perlu
mendapat kebenaran Guru Besar dengan mengisi borang yang telah disediakan di
pejabat.
31.2 Pihak kawalan keselamatan sekolah perlu di maklumkan.
31.3 Pastikan guru berkenaan hadir dan bertanggungjawab sepenuhnya pada kelas
tersebut.
32. PENGLIBATAN LUAR
32.1 Guru tidak boleh terlibat dengan perniagaan atau kerja-kerja sampingan yang boleh
menjejaskan tugas
32.2 Perlu mendapat kebenaran JPN untuk membuka kelas tusyen luar, menulis buku
atau terlibat aktif di dalam pertubuhan politik.
33. LAIN-LAIN TEMUJANJI
33.1 Temujanji dengan doktor hendaklah seboleh-bolehnya dibuat di luar waktu bertugas
atau pada masa cuti sekolah.
33.2 Jika tidak dapat dielakkan dan terpaksa dibuat pada waktu bertugas,guru berkenaan
hendaklah kembali bertugas sebaik sahaja selesai temujanji jika waktu persekolahan
belum berakhir.’Time slip” hendaklah dikemukakan sebagai bukti temujanji tersebut.
26