Page 28 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 28

DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
                     POLISI PENGURUSAN SEKOLAH



               33.3    Sebarang  temujanji  lain  atau  urusan  peribadi  hendaklah  dibuat  di  luar  waktu
                       bertugas/persekolahan.

        34.     PBPPP/LAPORAN NILAI PRESTASI TAHUNAN (LNPT)
               34.1    Borang Keberhasilan (PBPPP)/ LNPT perlu diisi dan lengkapkan pada awal tahun
                       bersama sasaran kerja tahunan yang telah dirancang bagi tempoh tahun semasa.
               34.2    Semakan  dan  penilaian  semula  terhadap  rancangan  /sasaran  kerja  bagi  tujuan
                       penambahbaikan dilakukan pada pertengahan semester.
               34.3    Pastikan  borang  tersebut  diisi  dengan  lengkap  dan  diserahkan  kepada  pihak
                       pentadbir sebelum tamat sesi persekolahan tahun tersebut.

        35.  LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
               35.1    LDP perlu dihadiri oleh guru sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun
               35.2    Guru perlu memastikan  Laporan LDP diisi dan disahkan oleh ketua jabatan/pihak
                       penganjur.
               35.3    Salinan Kad Laporan perlu dihantar ke jabatan pada akhir tahun atau melalui secara
                       online.

        36.    MELAKSANAKAN ARAHAN/TUGAS/PERINTAH
               36.1    Apabila diarahkan/ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan /tugas /perintah
                       atau      lain-lain    sebagai      contoh      menghadiri      mesyuarat/
                       seminar/taklimat/bengkel/kursus  dan  sebagainya  ,diminta  membawa  murid  maka
                       guru berkenaan perlu hadir dan tidak boleh diganti dengan orang lain tanpa
                       kebenaran  Guru  Besar  .Sekiranya  ada  pertukaran,  maka  perlu  mendapat
                       persetujuan guru yang sanggup jadi pengganti serta memaklumkan pertukaran ini
                       kepada Guru Besar secara bertulis.
               36.2    Setiap guru yang hadir mesyuarat /bengkel/taklimat/kursus perlu membuat laporan
                       kepada Guru Besar melalui borang minit curai yang disediakan.
               36.3    Guru  juga  perlu  akur  pada  arahan  melalui  edaran/pekeliling  sekolah  terutama
                       berkaitan  dengan  tarikh-tarikh  penting  yang  telah  ditetapkan  supaya  tidak
                       menimbulkan  kesulitan  dan  mengganggu  perjalanan  pengurusan  pentadbiran
                       sekolah.

        37.    MEMBAWA MURID UNTUK AKTIVITI LUAR
               37.1    Guru  yang  terlibat  dengan  aktiviti  luaran  bersama  murid  perlu  mendapatkan
                       kebenaran  bertulis daripada  waris dan senarai terlibat diserahkan kepada GB/PK
                       untuk makluman.
               37.2    Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan sendiri,peraturan jalanraya
                       perlu  dipatuhi.Kebenaran  bertulis  membawa  kenderaan  sendiri  perlu  diperolehi
                       daripada Guru Besar
               37.3    Guru  tidak  dibenarkan  membawa  murid  secara  berlebihan  di  dalam  sesebuah
                       kenderaan.
               37.4    Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada 10 murid bagi seorang guru.





                                                                                               27
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33