Page 32 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 32
DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
POLISI PENGURUSAN SEKOLAH
57. SURAT ATAU PEKELILING KELUAR/MASUK DARI PPD / JPN /KPM UNTUK TINDAKAN
57.1 Bertindak segera apabila surat diminitkan kepada guru berkenaan.
57.2 Bincang dengan pihak Pentadbir dan serah kepada pentadbir berkenaan
untuk semakan/ simpanan fail.
57.3 Pastikan semua surat yang keluar perlu disertakan surat iringan dan perlu ada
salinan sekolah mengikut format surat yang telah ditetapkan.
57.4 Semua surat keluar yang menggunakan kepala surat alamat sekolah perlu
ditandatangani oleh Guru Besar selaku Ketua Jabatan.
58. SURAT KELUAR KE PPD/JPN/KPM
58.1 Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan hal sekolah atau perjawatan hendaklah
melalui dan salinan Guru Besar terlebih dahulu.
58.2 Semua surat rasmi perlu mengikut format surat rasmi yang telah ditetapkan.
59. VISI DAN MISI SEKOLAH (DIPAMERKAN)
59.1 Semua guru perlu memahami serta menghayati visi dan misi sekolah selaras dengan
kehendak semasa
59.2 Semua guru perlu memperingatkan kepada semua warga sekolah tentang visi dan
misi sekolah.
60. URUSAN DENGAN PELAWAT/TETAMU
60.1 Pastikan semua pelawat melaporkan diri di pondok pengawal sekolah dan berurusan
di pejabat/ guru besar.
60.2 Pihak tertentu / syarikat/wakil insuran atau orang perseorangan yang hendak
berjumpa dengan guru hendaklah melapor atau mendapat kebenaran guru besar di
pejabat terlebih dahulu.
60.3 Orang luar juga dilarang berjumpa atau berurusan dengan murid dibilik darjah atau
semasa guru sedang mengajar.(SPI bil 8/2011)
60.4 Orang luar yang mendapat kebenaran daripada guru besar /pentadbir akan
dibekalkan dengan pas lawatan.
31