Page 26 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 26
DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
POLISI PENGURUSAN SEKOLAH
24.3 Potongan pinjaman bank & koperasi melalui ANGKASA dibuat terus oleh Akautan
Negara Malaysia.
24.4 Jika ada masalah tentang potongan koperasi dan ANGKASA, sila hubungi terus
dengan yang berkenaan.
24.5 Bagi guru yang bertukar masuk ke sekolah ini, gaji hanya akan diproses bila sekolah
menerima Sijik Gaji Akhir (LPC) daripada sekolah asal.
24.6 Kew 8 diproses setelah sekolah mendapat LPC
24.7 Tuntutan gaji dibuat setelah mendapat kelulusan Kew 8
24.8 Bagi yang bertukar masuk, gaji masih diuruskan oleh sekolah lama sehingga LPC
diterima.
24.9 Sebarang masalah berkaitan gaji, uruskan dengan pihak sekolah dahulu sebelum ke
JPN.
25. PERSARAAN PILIHAN
25.1 Boleh pilih tarikh sama ada pada 1/6 atau 1/12
25.2 Had umur mesti 50 tahun bagi guru lelaki dan 45 tahun bagi guru perempuan
25.3 Permohonan dibuat satu tahun sebelum tarikh
25.4 Dapatkan borang melalui JPN dan hantarkan melalui sekolah
26. JADUAL WAKTU GURU GANTI
26.1 Jadual guru ganti akan dibuat oleh Penolong Kanan / Guru Jadual Waktu apabila
seseorang guru tidak dapat hadir atau menjalankan tugas di luar.
26.2 Guru ganti hendaklah memastikan mereka mendapat slip butiran gantian yang akan
dilakukan dengan menandatangani pada buku rekod jadual waktu guru ganti.
26.3 Guru yang akan berkursus / mesyuarat dan sebagainya,dikehendaki
menyediakan kerja/latihan Pendidikan bagi kelas yang diajarnya supaya guru ganti
dapat memanfaatkan waktu ganti tersebut dengan aktiviti yang berfaedah(MMI).
26.4 Guru ganti diminta menyambung Pendidikan berkenaan atau mengajar
Pendidikan yang difikirkan perlu atau memberi latihan/kerja yang telah disediakan
oleh guru ganti.
27. JADUAL WAKTU MENGAJAR
27.1 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu mengajar yang telah
ditetapkan.
27.2 Guru bersedia untuk masuk ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi.
27.3 Guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas sepanjang
tempoh PdPc.
27.4 Sekiranya seseorang guru tidak dapat masuk ke kelas dalam waktu tertentu ,sila
maklumkan pada penolong Kanan yang bertugas untuk membuat guru ganti.
28. JADUAL KEDATANGAN MURID
28.1 Perlu dmasukkan ke dalam sistem APDM secara on-line pada setiap hari
persekolahan sebelum jam 9.00 pagi.
28.2 Semua data murid perlu dilengkapkan dalam borang edaran minggu pertama
persekolahan
28.3 Semua data murid mesti siap key-in dalam aplikasi APDM pada hujung minggu ke
dua persekolahan selewat-lewatnya.
25