Page 22 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 22
DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
POLISI PENGURUSAN SEKOLAH
6.3 Bertanggungjawab mengawal keadaan , kebersihan , keselamatan , mengurus
perhimpunan, kantin , tandas dan bangunan sekolah serta mengambil tindakan
sekiranya perlu berbuat demikian.
7. MASA BERSURAI
7.1 Guru yang mengajar pada waktu akhir hendaklah menentukan murid disuraikan
dengan teratur tanpa membuat bising.
7.2 Murid beratur dengan didahului oleh ketua darjah dan diiringi oleh guru yang
mengajar pada waktu akhir keluar dari bilik kelas dan berkumpul di dewan.
7.3 Guru bertugas diminta ada bersama murid di dewan untuk memantau pergerakan
murid semasa balik..
7.4 Guru sila pastikan semua :
a) Pintu dan tingkap ditutup
b) Kipas dan lampu dipadam
c) Sampah sarap dikumpul
d) Meja dan kerusi disusun kemas.
7.5 Semua guru digalakkan pulang hanya selepas 10 minit loceng akhir dibunyikan untuk
mengelakkan kesesakan bersama murid.
8. PERHIMPUNAN RASMI
8.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan seminggu sekali pada setiap hari Isnin jam 7.30
pagi atau pada hari-hari dan masa-masa yang lain yang ditetapkan oleh Guru Besar
.
8.2 Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan.
8.3 Semua guru dikehendaki memakai tag nama dan guru lelaki dikehendaki memakai
tali leher pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan diadakan.
8.4 Guru Besar/ guru bertugas akan membuat pengumuman-pengumuman yang perlu
dan juga membuat apa-apa teguran atau memberi nasihat kepada murid. [ Ruj : Per.
Ikhtisas KP Bil.9/1975-KP 86-9/1 (79).
9. KEGIATAN KOKURIKULUM
9.1 Kegiatan kokurikulum adalah wajib bagi semua guru.
9.2 Perancangan bagi kelab/persatuan dan permainan hendaklah melibatkan semua
murid Tahun 3 hingga 6.
9.3 Guru hendaklah memberi latihan kepada murid dalam bidang kepimpinan, displin,
bertanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara dan memberi galakan
dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan dan
sebagainya.
9.4 Guru dikehendaki menyimpan rekod-rekod mengenai semua aktiviti yang telah
dijalankan. Rekod digunakan sebagai eviden hendaklah diserahkan kepada PK
Kokurikulum mengikut ketetapan dalam mesyuarat.
21