Page 21 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 21

DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
                     POLISI PENGURUSAN SEKOLAH



        1.     AKUJANJI
               1.1     Semua guru perlu menandatangani Surat Akujanji sebagai Penjawat Awam.
               1.2     Pegawai Kerajaan adalah terikat dan perlu mematuhi Akujanji tersebut.
               1.3     Salinan akujanji perlu dilampirkan didalam Dokumen Persediaan Mengajar guru.

         2.    BILIK GURU ,  KELAB GURU & STAF
               2.1     Bilik guru merupakan tempat larangan bagi murid.
               2.2     Bilik Guru adalah di bawah tanggungjawab Kelab Guru & Staf dari aspek menjaga
                       susunan, kebersihan dan keceriaan pada setiap masa.
               2.3     Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik menjadi ahli Kelab Guru&
                       Staf .
               2.4     Kadar bayaran yuran adalah tertakluk kepada keputusan dalam mesyuarat agung
                       kelab tersebut.
               2.5     Jawatankuasa bertanggungjawab ke atas kebajikan guru dan kakitangan di bawah
                       kawalan bidang mereka.

        3.     KEHADIRAN GURU DAN STAF
               3.1     Semua  guru  dan  staf  dikehendaki  hadir  di  sekolah  sekurang-kurangnya  10  minit
                       sebelum waktu rasmi mula bekerja.(Contoh :10 minit sebelum pukul 7.40pagi @7.45
                       pagi@8.00pagi)
               3.2     Waktu hadir dan waktu pulang hendaklah direkodkan dalam buku rekod kehadiran
                       guru, perakam waktu atau lain-lain rekod yang telah ditetapkan oleh sekolah.Semua
                       guru dan staf diwajibkan untuk mengetip kad perakam  waktu /menulis waktu sampai
                       ke sekolah dan waktu balik di dalam buku rekod kehadiran yang diletakkan di pejabat.
                       (Ruj :  Arahan Perkhidmatan Bab & Para 1,  SPI BIL. 2/1981 – Ketepatan Masa di
                       Sekolah-sekolah)

           4.   TIDAK HADIR BERTUGAS
               4.1     Sila maklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran / pejabat melalui
                       telefon Jika tidak dapat hadir bertugas pada hari berkenaan sebelum atau pada jam
                       7.00 pagi supaya pihak sekolah dapat mengatur jadual ganti waktu mengajar anda.

          5.   KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
               5.1     Adalah tidak dibenarkan guru-guru meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu
                       mengajar bagi tujuan peribadi kecuali jika ada hal yang tidak dapat  dielakkan atau
                       setelah mendapat arahan/kebenaran Guru Besar atau arahan  daripada  PPD/JPN
                       dengan syarat mendapat terlebih dahulu kebenaran daripada Guru Besar.
               5.2     Sebelum meninggalkan kawasan sekolah ,pastikan guru tersebut telah  mencatatkan
                       nama,masa, tujuan serta tandatangan Guru Besar di dalam  Borang  Rekod Keluar
                       di pejabat. (tidak melebihi 4 jam).

         6.    GURU BERTUGAS
               6.1     Guru bertugas perlu hadir lebih awal 15 minit sebelum loceng berbunyi
                           semasa datang dan selepas loceng berbunyi semasa balik.
               6.2     Bertugas sepanjang tempoh bertugas dan membuat laporan harian.



                                                                                               20
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26