Page 23 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 23

DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
                     POLISI PENGURUSAN SEKOLAH



        10.    TATATERTIB
               10.1    Adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaga dan mengekalkan displin murid-
                       murid semasa di dalam atau di luar kelas.
               10.2    Guru hendaklah melaporkan murid yang kerap melanggar peraturan sekolah, tidak
                       mengikut teguran dan nasihat dan sebagainya kepada Guru Displin atau Guru Besar.
               10.3    Guru diingatkan jangan mengarahkan murid balik atau keluar dari bilik darjah atau
                       melarang mengikuti Pendidikan sebagai hukuman kerana tidak berdisplin.
               10.4    Guru  TIDAK  DIBENARKAN  merotan  murid  untuk  sebarang  kesalahan  yang
                       dilakukan oleh murid.

        11.    BUKU RAMPAIAN
               11.1    Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa pada hari itu atau pada hari yang berikut.
               11.2    Semua  kesalahan  yang  didapati  dalam  tiap-tiap  latihan  bertulis  hendaklah  dibuat
                       pembetulan sebelum menjalankan latihan baru.
               11.3    Tahun  3  hingga  tahun  6  hendaklah  mengadakan  Karangan  Bertulis  sekurang-
                       kurangnya empat kali dalam satu bulan.
               11.4    Buku  rampaian/latihan  Matematik,  Bahasa  Melayu,  Bahasa  Inggeris  dan  Sains
                       hendaklah  dihantar  kepada  Guru  Besar/Penolong  Kanan  apabila  diarahkan  oleh
                       Guru Besar.

        12.    UJIAN DAN PEPERIKSAAN
               12.1    Ujian  dan  Peperiksaan  hendaklah  berpandukan  seperti  tercatat  di  dalam  Takwim
                       Sekolah/Takwim Peperiksaan.
               12.2    Keputusan Penilaian pencapaian murid perlu disiapkan dan dihantar kepada Guru
                       Besar  lengkap  dengan  markah,  mata  Pendidikan  bersama-sama  dengan  gred,
                       jumlah  markah  keseluruhan,  peratus  dan  kedudukan  dalam  kelas  dan  juga
                       kedudukan dalam semua kelas.
               12.3    Analisa Keputusan Penilaian perlu disiapkan dan diserahkan kepada Guru Penolong
                       Kanan/Setiausaha Peperiksaan.

        13.    DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR (DPM)
               13.1.   Semua guru dikehendaki mengajar seperti mana yang tercatat di dalam Dokumen
                       Persediaan  Mengajar (DPM).
               13.2    DPM  hendaklah  ditulis  dengan  kemas,  jelas  dan  teratur  serta  sentiasa  dalam
                       keadaan dikemaskinikan. Untuk tahun 2020 semua DPM perlu ditulis berdasarkan
                       arahan JPPP.
               13.3    Butiran-butiran  dalam  rancangan  persediaan  mengajar  harian  perlulah  sentiasa
                       ditulis dan dikemaskini.
               13.4    DPM  mestilah  diserahkan  ke  pejabat  pada  setiap  hari  Jumaat  waktu  akhir  untuk
                       semakan  dan  ditandatangani  oleh  Guru  Besar.  Sekiranya  guru  tidak  menghantar
                       DPM  sebanyak 3 kali , surat amaran akan dikeluarkan.
               13.5    DPM yang telah lengkap hendaklah dihantar bagi kali pertamanya pada hari JUMAAT
                       10  JANUARI  2020.  Walaubagaimanapun  rancangan  persediaan  mengajar  harian
                       perlulah ditulis setiap hari mulai hari pertama persekolahan 2 JANUARI 2019.




                                                                                               22
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28