Page 78 - KSD ABMS BM
P. 78

KLAUSA 9: Penilaian Prestasi







            9.1 Pemantauan, Pengukuran, Analisa Dan Penilaian

                 Organisasi telah menentukan aktiviti dan proses yang perlu dipantau dan diukur dalam


                 melaksanakan SPAR. Tujuan utama pemantauan, pengukuran, analisa dan penilaian

                 dibuat adalah untuk menyediakan maklumat mengenai prestasi dan keberkesanan SPAR.


                 Maklumat Yang Didokumenkan diselenggara dan dikekalkan sebagai panduan dan bukti


                 kepada aktiviti ini.

                 Organisasi perlu menentukan :


                 a)apa yang perlu dipantau dan diukur;

                 b)siapa yang bertanggungjawab untuk membuat pemantauan;


                 c) kaedah pemantauan, pengukuran, analisa dan penilaian untuk memastikan keputusan


                      yang sahih;

                 d)bila pemantauan dan pengukuran perlu dijalankan;


                 e)bila keputusan pemantauan dan pengukuran perlu dianalisa dan dinilai;


                 f) kepada siapa dan bagaimana dapatan maklumat dilaporkan.


                                                                                                                                                                                         78
                                                                  © GLOBAL QUALITY EXCELLENCE ACADEMY SDN. BHD.
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83