Page 83 - KSD ABMS BM
P. 83
9.3 Kajian Semula Pengurusan
9.3.1 Kajian Semula Pengurusan
Organisasi perlu membuat kajian semula SPAR melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk SPAR sekurang-kurangnya
sekali setahun untuk memastikan kesesuaian yang berterusan, mencukupi dan berkesan. Kajian semula
Pengurusan Tertinggi perlu mengambil kira :
a) status tindakan daripada semakan semula pengurusan yang lepas;
b) perubahan ke atas isu luaran dan dalaman yang berkaitan dengan SPAR;
c) maklumat prestasi SPAR termasuk :
i) ketidakpatuhan dan tindakan pembetulan;
ii) keputusan pemantauan dan pengukuran;
iii) keputusan audit;
iv) pelaporan rasuah;
v) penyiasatan;
vi) sifat risiko rasuah yang dihadapi oleh organisasi.
d) keberkesanan tindakan yang diambil dalam menangani risiko rasuah;
e) peluang untuk penambahbaikan berterusan ke atas SPAR. Keberhasilan Kajian Semula Pengurusan Tertinggi
adalah termasuk keputusan yang berkaitan peluang-peluang penambahbaikan berterusan dan apa-apa
keperluan kepada perubahan SPAR. Keputusan Kajian Semula Oleh Pengurusan Tertinggi perlu dilaporkan
kepada Badan Pentadbir. Organisasi perlu mengekalkan Maklumat Yang Didokumenkan sebagai bukti
keputusan kajian semula oleh Pengurusan Tertinggi.
83
© GLOBAL QUALITY EXCELLENCE ACADEMY SDN. BHD.