Page 6 - Cabaran-cabaran Dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Tentang Ideologi Songsang
P. 6
Kesan LGBT Kepada Masyarakat
LGBT bukan lagi satu rahsia kepada seseorang, LGBT telah menjadi perbualan hangat di negara
Malaysia dan topik perbincangan dalam kalangan masyarakat. LGBT ini telah menjadi isu hangat di
negara Malaysia disebabkan ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada institusi
kemasyarakatan. Dalam kehidupan bermasyarakat, kalau seseorang tidak mematuhi peraturan
masyarakat, orang itu akan disingkirkan daripada masyarakat tersebut. Hal ini kerana mereka akan
menjadi orang yang membawa masalah kepada masyarakat. Contohnya, golongan LGBT atau ahli
masyarakat yang terlibat dengan LGBT akan diusir oleh masyarakat kerana dikhuatiri akan
mempengaruhi ahli masyarakat lain untuk menyertai apa-apa aktiviti mereka. Kalau sudah berlaku ahli
masyarakat lain dipengaruhi oleh golongan LGBT untuk menyertai aktiviti-aktiviti mereka, masyarakat
yang terlibat dengan LGBT akan menanggung malu dan kehormatan masyarakat tersebut akan jatuh.
Kesan LGBT terhadap masyarakat amat dasyat kerana LGBT ini melibatkan maruah sekumpulan
manusia yang sentiasa menjaga adat tata susila dan pegangan agama.