Page 8 - Cabaran-cabaran Dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Tentang Ideologi Songsang
P. 8
Kesan Kepada Agama
Agama bermakna kepercayaan kepada Tuhan atau sesuatu kuasa yang ghaib
dan sakit seperti Dewa dan juga amalan dan institusi yang berkaitan dengan
kepercayaan tersebut. Agama adalah satu panduan hidup bagi pengantunnya
dan agama mempunyai tatacara hidup yang sempurna dan baik. Contohnya,
agama Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan agama-agama lain. Agama-agama
tersebut turut menolak LGBT disebabkan aktiviti LGBT ini amat dilarangkan.
Tujuan setiap perkahwinan bagi agama Islam adalah untuk meramaikan umat
manusia di muka bumi ini. Setiap pasangan Islam haruslah melahirkan zuriat
yang soleh dan solehah. Ia mesti melalui ikatan perkahwinan yang sah untuk
merealisasikan tujuan tersebut. Kalau seorang lelaki bersuamikan dengan
lelaki dan seorang perempuan beristerikan dengan perempuan, tingkah laku
itu merupkan mereka berkahwin dan hidup bersama melalui kaedah yang
tidak betul. Sekiranya amalan LGBT ini berleluasa maka, matlamat Islam untuk
meramaikan umat tidak dapat dicapai dengan baik.