Page 7 - Cabaran-cabaran Dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Tentang Ideologi Songsang
P. 7
Kesan Kepada Individu
Seseorang yang terlibat atau melibatkan diri dalam kancah LGBT ini ibarat terjun
ke dalam sebuah kolam kotor yang sangat dalam dan sukar untuk naik semula.
Seseorang yang terlibat dalam gejala ini telah menyebabkan maruah mereka
tercalar. Hidangan yang akan mereka perolehi adalah cemuhan, makian, ejekan,
sindiran dan kata-kata kesat daripada orang sekeliling.
Di negara barat, sudah ada pasangan sejenis yang berkahwin dan hidup seperti
suami isteri. Keadaan ini sedang berlaku di negara Malaysia. Walaupun mereka
tidak berkahwin, tetapi mereka tinggal serumah. Individu yang terlibat dengan
gejala ini telah menjatuhkan maruah diri sendiri secara tidak sedar dan akibat
turutkan nafsu yang songsang. Mereka akan dibuang daripada masyarakat kerana
aktiviti yang golongan LGBT ini lakukan amat bertentangan dengan norma
kehidupan seorang manusia. Masyarakat mestilah mempunyai adat dan
pegangan agama yang kuat dan masyarakat negara Malaysia memang tidak dapat
menerima golongan LGBT kerana mereka akan lakukan aktiviti yang memalukan
dan menjatuhkan kehormatan masyarakat tersebut.