Page 11 - Mini Konvensyen Projek Kualiti Pergigian Negeri Kedah Tahun 2024
P. 11
KATEGORI INOVASI
(PROSES)
Naib
Johan
Kytelograft
e- Katalog Promosi
PENGENALAN:
Proses permohonan dan pemilihan bahan/peralatan promosimemerlukan kehadiran ke Pusat Promosi
Kesihatan Pergigian Komuniti (PPKPK) beberapa kali terutamanya kepada pengguna/peminjam baharu
kerana perlu melihatsendiri fizikal bahan/peralatan yang diperlukan.
PENJELASAN KATEGORI INOVASI:
Satu proses kerja yang baru iaitu KytelogCraft (e-Katalog Promosi) dihasilkan bagi memudahkan
pengguna/peminjam untuk memohon dan memilih bahan/peralatan promosi yang diperlukan bagi
melaksanakan aktiviti promosi kesihatan pergigian.
MASALAH SEBELUM PROJEK INOVASI:
Proses permohonan dan pemilihan bahan/peralatan promosi yang mengambil masa yang lama serta
kesukaran memilih bahan promosi akibat ketiadaan bahan/peralatan promosi semasa prosespermohonan.
KEADAAN SEBELUM INOVASI:
Pengguna/peminjam perlu mendapatkan temujanji bersama staf PPKPK, kemudian perlu hadir ke
PPKPKsemata-mata untuk memohon dan memilih bahan/peralatan promosi yang diperlukan. Seterusnya
pulang dahulu dan mendapatkan semula tarikh temujanji bersama staf PPKPK untuk mengambil
bahan/peralatan promosi beberapa hari sebelum aktiviti promosi kesihatan pergigian dijalankan.
PENERANGAN PROJEK INOVASI:
Proses permohonan ini dipendekkan dan dimudahkan dengan menghasilkan inovasi yang canggih, kreatif
dan mesra pelanggan iaitu KytelogCraft. Penghasilan kytelogCraft initidak memberi sebarng implikasi
kewangan kepada jabatan memandangkan aplikasi Kyte boleh digunakan secara dan mempunyai ciri-ciri
seperti capaian mudah melalui telefon, katalog dalam talian (online catalogue) dan boleh menghasilkan
resit digital.
KEADAAN SELEPAS INOVASI:
Permohonan dan pemilihan bahan/peralatan promosi dihujung jari sahaja menggunakan telefon pintar
pengalaman seperti pembelian dalam talian menggunakan aplikasi Shopee, Tiktokshop, Lazada dan lain
lain.
FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI:
Penjimatan terutamanya kos operasi (bahan api dan cetakan) dan masa (masa perjalanan, masa memilih
dan masa mengisi borang) serta mengikut peredaran zaman ke arah melestarikan digitalisasi
perkhidmatan.
ANGGARAN KOS:
Tiada kos yang diperlukan kerana KytelogCraft menggunapakai pakej aplikasi Kyte tanpa bayaran.
PKPD Kota Setar
Dr Shamsuhaili Binti Fazil
Dr Awathif binti Nor Azan
Dr Tiow Zhao Qi
Dr Ku Nur Amira Binti Ku Abdul Shukur
Dr Farah Hanani Binti Mohd Rashid
Dr Kavita a/p Gandhi
Nor Afnie Binti Ghazali
Atikah Binti Ahmad Fauzi
Rusnita Binti Ahmad