Page 12 - Mini Konvensyen Projek Kualiti Pergigian Negeri Kedah Tahun 2024
P. 12

KATEGORI QUALITY





                    ASSURANCE                                                                                                     Ketiga















          Meningkatkan Peratus Kedatangan Kes



          Selesai Sapuan Varnis Fluorida (VF)










          PEMILIHAN PELUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN :
          Peratus  Kedatangan  toddler  yang  kes  selesai  sapuan  VF  di  Klinik  Pergigian  Guar  Chempedak

          (KPGC)  pada  tahun  2017  masih  tidak  mencapai  sasaran.  Keadaan  ini  mengakibatkan  sapuan  VF
          tidak  efektif  dan  meningkatkan  faktor  risiko  kerosakan  gigi  di  peringkat  pra-sekolah.  Kajian  ini

          bertujuan untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan penambahbaikan bagi mencapai

          sasaran kes selesai sapuan VF di KPGC.



          PENGUKURAN UTAMA PENAMBAHBAIKAN :

          Indikator kajian adalah peratus pesakit toddler yang kes selesai sapuan VF dengan sasaran 30%
          berdasarkan sasaran teknikal pada tahun 2019.




          PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT :
          Kajian  keratan  rentas  prospektif  dilakukan  dari  Januari  2019  hingga  Disember  2022  secara  2

          kitaran  melibatkan  perawat,  pesakit  serta  ibu  bapa.  Faktor  penyumbang  dikenalpasti  melalui
          borang kaji selidik (pesakit dan perawat), kad LP8, borang FV3 dan FV3a dan borang senarai semak.




          ANALISIS DAN INTERPRETASI :
          Peratus  kedatangan  toddler  yang  selesai  kes  sapuan  VF  pada  2017  adalah  13%.  Faktor-faktor

          penyumbang  adalah  kelemahan  penyampaian  nasihat  sebelum  sapuan  VF  diberi  (24%),
          penyampaian  nasihat  selepas  sapuan  VF  diberi  (18%),  serta  pemberian  tarikh  temujanji  susulan

          (18%).



          STRATEGI PENAMBAHBAIKAN :

          Perawat dikehendaki untuk mengemaskini Borang FV3a dan nombor telefon ibu bapa pesakit serta

          memberi pendidikan kesihatan pergigian kepada ibu bapa selepas setiap kali sapuan VF dilakukan.
          Kad  LP8  pesakit  ditanda  dan  diasingkan  semasa  simpanan.  Perawat  juga  melakukan  sapuan  VF

          secara lawatan ke rumah. Tarikh temujanji susulan dicatatkan dalam kad temujanji. Token motivasi

          dihadiahkan kepada pesakit. Pihak KPGC telah meningkatkan lawatan ke Klinik Kesihatan Ibu dan
          Anak (KKIA) dan Klinik Desa (KD) serta mengadakan sesi ceramah kepada anggota.



          KESAN PENAMBAHBAIKAN :

          Peratus  kedatangan  toddler  yang  lengkap  4  kali  sapuan  VF  pada  tahun  2020  dan  tahun  2022

          adalah 24% dan 27%.



          LANGKAH SETERUSNYA :
          Menekankan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan sapuan VF melalui lawatan ke KKIA/KD dan

          aktiviti-aktiviti promosi pergigian serta mengaplikasi langkah-langkah penambahbaikan seperti di

          atas di klinik-klinik pergigian lain di Daerah Yan.









                                                                                                               PKPD Yan




                                                                                                              Dr. Chan Yan Yi
                                                                                                              Dr. Amni binti Azhar
                                                                                                              Dr. Dhanushaa Shree a/p Gobal
                                                                                                              Dr. Angela Seow Yu En
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17