Page 2 - TERKINI BUKU PROGRAM KPPB IPGKPI 2021
P. 2
KATA-KATA ALUAN
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
Subhanahu Wata’ala (SWT) kerana dengan limpah izin-Nya,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)
dapat mengambil inisiatif untuk menganjurkan Showcase
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) 2.0 secara
dalam talian pada tahun ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan
syabas kepada Timbalan Pengarah IPGKPI bersama barisan
Pengerak Utama KPPB IPGKPI atas daya usaha untuk
menganjurkan Showcase KPPB 2.0 secara dalam talian pada
kali ini. Saya melihat bahawa Showcase KPPB 2.0 ini sebagai
platform untuk berkongsi pengalaman dalam meneroka
pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
yang lebih luas. Perkongsian ini amat bermanfaat kepada
siswa pendidik dan para pensyarah IPGKPI, khususnya yang
berkaitan pembelajaran bermakna. Sejak tahun 2020 hingga 2021 kita masih lagi berada di era
Pandemik Covid 19 yang telah membawa satu norma baharu dalam dunia pendidikan secara
global ini. Ini merupakan cabaran besar yang perlu dilalui oleh semua pensyarah dan siswa
pendidik bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu diteruskan walaupun secara dalam
talian. Pelaksanaan Showcase KPPB 2.0 di IPGKPI ini merupakan satu penghargaan yang besar
kepada siswa pendidik sebagai bakal guru di bawah bimbingan para pensyarah. Usaha yang
murni ini dapat memperluaskan lagi persekitaran pembelajaran bermakna melalui pemanfaatan
digital dan aplikasi model KPPB. Ini bersesuaian dengan kemenjadian guru sebagaimana yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Kejelasan
pensyarah dan siswa pendidik tentang KPPB 2.0 ini akan memudahkan lagi proses melaksanakan
ciri-ciri pembelajaran bermakna melalui pengajaran dan pembelajaran secara yang lebih
optimum. Ini selaras dengan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Idea
baharu yang diperoleh daripada pembentangan Showcase KPPB 2.0 ini perlu dijana dan
dikembangkan supaya kita sama-sama dapat menjayakan transformasi sistem pendidikan bagi
memenuhi keperluan menghasilkan siswa pendidik yang kritis, kreatif dan inovatif yang diperlukan
oleh negara. Justeru, saya berharap dengan penganjuran Showcase KPPB 2.0 ini, memberi
manfaat yang besar kepada para pensyarah dan semua siswa guru di seluruh IPGKPI khususnya.
Akhirnya, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana
Program, pensyarah dan siswa pendidik yang terlibat dengan pembentangan serta semua pihak
yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Showcase KPPB
2.0 IPGKPI secara dalam talian pada kali ini.
Sekian.
Selamat Maju Jaya
Dr. ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM