Page 4 - TERKINI BUKU PROGRAM KPPB IPGKPI 2021
P. 4

SHOWCASE KPPB V 2.0

                         Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) V 2.0 atau
                         New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) merupakan sebuah
                         projek berterusan yang  diterajui  oleh Institut Pendidikan Guru
                         Malaysia (IPGM), bertujuan untuk meningkatkan  penggunaan
                         teknologi digital dalam pengajaran  dan  pembelajaran  ke arah
                         pembelajaran bermakna di  seluruh Institut Pendidikan  Guru.
                         Matlamat projek ini dijalankan adalah seperti berikut;

                            1. Meneroka         keupayaan       kapasiti    pedagogi       dalam
                                merealisasikan  pembelajaran bermakna dalam program
                                pendidikan guru;

                            2. Mengenalpasti         kepelbagaian        pendekatan        dalam
                                pelaksanaan kapasiti  pedagogi ke  arah pembelajaran
                                bermakna;

                            3. Mengenalpasti halangan dan kekangan sistem, pensyarah,
                                pelajar dan komuniti dalam pelaksanaan kapasiti pedagogi
                                pembelajaran bermakna (KPPB), dan

                            4. Menyediakan landasan bagi penyediaan  latihan yang
                                konstruktif     untuk     meningkatkan        kemahiran       dan
                                kompetensi pensyarah dan pelajar dalam pengajaran dan
                                pembelajaran berasaskan teknologi digital selaras dengan
                                pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
   1   2   3   4   5   6   7   8   9