Page 3 - TERKINI BUKU PROGRAM KPPB IPGKPI 2021
P. 3

KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)
                    SECARA DALAM TALIAN
                    PERINGKAT IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

                    PENGENALAN
                    Showcase  Pendidikan Guru Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
                    (KPPB) V 2.0 tahun 2021di Peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)
                    bertujuan untuk  memberi  pendedahan dan perkongsian pengalaman dalam
                    meneroka  Pembelajaran  Bermakna  Ke  Arah  Kemenjadian  pelajar  melalui
                    aktiviti showcasing dan pembentangan hasil projek rintis pembelajaran mereka.
                    SPGKPPB ini diharap  dapat  memperluas persekitaran pembelajaran,
                    mendalami ilmu serta mempercepat pembelajaran pelajar melalui pendekatan
                    pembelajaran terkini dengan memanfaatkan kemudahan digital.

                    OBJEKTIF SPGKPPB (NPDL) ADALAH SEPERTI BERIKUT;
                    1.Meningkatkan kapasiti pedagogi baharu dan pembelajaran bermakna dalam
                    kalangan pelajar;
                    2.Menguasai dan mempraktikkan enam  elemen kompetensi global
                    pembelajaran bermakna (6C) iaitu  character, citizenship, creativity,
                    communication, collaborative and critical thinking dalam kalangan pelajar dan
                    pensyarah;
                    3.Mengadakan aktiviti  showcasing  untuk membolehkan pelajar berkongsi
                    pengalaman dan refleksi tentang pelaksanaan pembelajaran bermakna dengan
                    pihak luar seperti sekolah dan komuniti luar, dan
                    4.Meningkatkan keyakinan dan kefasihan dalam bahasa Malaysia dan bahasa
                    Inggeris  dalam  kalangan  pelajar  melalui  persembahan  projek  dan  kaedah
                    pengajaran merentasi  kepelbagaian  disiplin ilmu yang menjadi  tunjang
                    pembelajaran bermakna.
   1   2   3   4   5   6   7   8