Page 2 - BUKU PROGRAM KPPB IPGKPI 2021
P. 2

KATA-KATA ALUAN


                                                 Assalammualaikum  warahmatullahi  wabarakatuh  dan  salam
                                                 sejahtera
                                                 Alhamdulillah,  setinggi-tinggi kesyukuran  ke  hadrat Allah
                                                 Subhanahu Wata’ala (SWT) kerana dengan limpah izin-Nya,
                                                 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)
                                                 dapat    mengambil inisiatif  untuk  menganjurkan  Showcase
                                                 Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) 2.0 secara
                                                 dalam talian pada tahun ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan
                                                 syabas kepada Timbalan Pengarah IPGKPI bersama barisan
                                                 Pengerak  Utama  KPPB  IPGKPI  atas  daya  usaha  untuk
                                                 menganjurkan Showcase KPPB 2.0 secara dalam talian  pada
                                                 kali ini. Saya melihat bahawa Showcase KPPB 2.0 ini sebagai
                                                 platform  untuk  berkongsi  pengalaman dalam  meneroka
                                                 pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran  secara
                                                 yang lebih luas.  Perkongsian ini  amat  bermanfaat kepada
                                                 siswa pendidik dan para pensyarah IPGKPI, khususnya yang
                 berkaitan pembelajaran bermakna.  Sejak tahun 2020 hingga 2021 kita masih lagi berada di era
                 Pandemik Covid 19 yang telah membawa satu norma baharu dalam dunia pendidikan secara
                 global  ini.  Ini  merupakan cabaran besar  yang perlu dilalui oleh semua pensyarah dan  siswa
                 pendidik  bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu diteruskan walaupun secara dalam
                 talian. Pelaksanaan Showcase KPPB 2.0 di IPGKPI ini merupakan satu penghargaan yang besar
                 kepada siswa pendidik sebagai bakal guru di bawah bimbingan para pensyarah. Usaha yang
                 murni ini dapat memperluaskan lagi persekitaran pembelajaran bermakna melalui  pemanfaatan
                 digital dan aplikasi model KPPB. Ini bersesuaian dengan kemenjadian guru sebagaimana yang
                 dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Kejelasan
                 pensyarah dan siswa pendidik tentang KPPB 2.0 ini akan memudahkan lagi proses melaksanakan
                 ciri-ciri pembelajaran bermakna  melalui pengajaran dan pembelajaran  secara yang  lebih
                 optimum. Ini  selaras dengan pelaksanaan  Program  Transformasi Sekolah  2025 (TS25).  Idea
                 baharu yang diperoleh daripada pembentangan  Showcase  KPPB 2.0  ini perlu dijana dan
                 dikembangkan supaya kita sama-sama dapat menjayakan transformasi sistem pendidikan bagi
                 memenuhi keperluan menghasilkan siswa pendidik yang kritis, kreatif dan inovatif yang diperlukan
                 oleh negara.  Justeru, saya berharap dengan penganjuran Showcase KPPB 2.0   ini, memberi
                 manfaat yang besar kepada para pensyarah dan semua siswa guru di seluruh IPGKPI khususnya.
                 Akhirnya, saya sekali  lagi  ingin mengucapkan terima kasih kepada  Jawatankuasa  Pelaksana
                 Program, pensyarah dan siswa pendidik yang terlibat dengan pembentangan serta semua pihak
                 yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Showcase KPPB
                 2.0 IPGKPI secara dalam talian  pada kali ini.

                         Sekian.

                         Selamat Maju Jaya




                       Dr. ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH
                       PENGARAH
                       INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
   1   2   3   4   5   6   7