Page 4 - BUKU PROGRAM KPPB IPGKPI 2021
P. 4
SHOWCASE KPPB V 2.0
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) V 2.0 atau
New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) merupakan sebuah
projek berterusan yang diterajui oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM), bertujuan untuk meningkatkan penggunaan
teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah
pembelajaran bermakna di seluruh Institut Pendidikan Guru.
Matlamat projek ini dijalankan adalah seperti berikut;
1. Meneroka keupayaan kapasiti pedagogi dalam
merealisasikan pembelajaran bermakna dalam program
pendidikan guru;
2. Mengenalpasti kepelbagaian pendekatan dalam
pelaksanaan kapasiti pedagogi ke arah pembelajaran
bermakna;
3. Mengenalpasti halangan dan kekangan sistem, pensyarah,
pelajar dan komuniti dalam pelaksanaan kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna (KPPB), dan
4. Menyediakan landasan bagi penyediaan latihan yang
konstruktif untuk meningkatkan kemahiran dan
kompetensi pensyarah dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran berasaskan teknologi digital selaras dengan
pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).