Page 3 - BUKU PROGRAM KPPB IPGKPI 2021
P. 3
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)
SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
PENGENALAN
Showcase Pendidikan Guru Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB) V 2.0 tahun 2021di Peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)
bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman dalam
meneroka Pembelajaran Bermakna Ke Arah Kemenjadian pelajar melalui
aktiviti showcasing dan pembentangan hasil projek rintis pembelajaran mereka.
SPGKPPB ini diharap dapat memperluas persekitaran pembelajaran,
mendalami ilmu serta mempercepat pembelajaran pelajar melalui pendekatan
pembelajaran terkini dengan memanfaatkan kemudahan digital.
OBJEKTIF SPGKPPB (NPDL) ADALAH SEPERTI BERIKUT;
1.Meningkatkan kapasiti pedagogi baharu dan pembelajaran bermakna dalam
kalangan pelajar;
2.Menguasai dan mempraktikkan enam elemen kompetensi global
pembelajaran bermakna (6C) iaitu character, citizenship, creativity,
communication, collaborative and critical thinking dalam kalangan pelajar dan
pensyarah;
3.Mengadakan aktiviti showcasing untuk membolehkan pelajar berkongsi
pengalaman dan refleksi tentang pelaksanaan pembelajaran bermakna dengan
pihak luar seperti sekolah dan komuniti luar, dan
4.Meningkatkan keyakinan dan kefasihan dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar melalui persembahan projek dan kaedah
pengajaran merentasi kepelbagaian disiplin ilmu yang menjadi tunjang
pembelajaran bermakna.