Page 15 - AIM SEP
P. 15

c)    Perakuan Daripada Pihak Bertauliah/Pihak Berkuasa

                        Keberkesanan  inovasi  S.E.P  bagi memastikan  masa mengosongkan  bangunan  semasa
               LFD dalam tempoh 10 minit telah diakui sendiri oleh Pengarah, HCAS dan Ketua Balai BBPS
               yang hadir ketika LFD.

                     Pengarah JBPM Kuala Lumpur juga telah mengiktiraf kefungsian dan keberkesanan inovasi
               S.E.P dan meluluskan SOP S.E.P dalam pembentangan inovasi melalui surat bertarikh pada
               4 September 2019 lampiran 5.

                     Inovasi S.E.P adalah selaras dengan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (AKTA 341) Seksyen
               5 Tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba subseksyen (iii) menentukan adanya jalan keluar
               kebakaran, penyelenggaraannya dan pengawalseliaannya yang sempurna dan (iv) menentukan
               adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran dan
               dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 UUK 182.

                     d)    Penyeragaman Projek

                     BBP Setapak telah memasang dan menggunakan S.E.P sejak Oktober 2019.

                     Langkah  penyeragaman  projek  S.E.P  adalah  di  Ibu  Pejabat  JBPM  Kuala  Lumpur  dan
               semua Balai Bomba dan Penyelamat sekitar Kuala Lumpur mulai 2 Disember 2019 seperti dalam
               lampiran 6.

                     e)    Pengembangan Projek

                     Kehadiran Pengurus Setapak Central Mall (SCM) dalam pelancaran S.E.P di HCAS telah
               membawa  kepada  penggunaan  S.E.P  di  SCM  mulai  13  April  2019  dan  diujicuba  pada  18
               September  2019.  S.E.P  benar-benar  teruji  dalam  pengembangan  projek  ini  dan  telah
               menambahbaik masa mengosongkan bangunan semasa LFD kepada 10 minit daripada 30 minit
               pada  tahun  2017  seperti  Gambar  9.  Pelancaran  penggunaannya  pada  29  September  2019
               seperti di Gambar 10.

               Gambar 9: Perbandingan Masa Mengosongkan Bangunan di SCM






















               10 | AIM KPKT 2021, KIK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, KUALA LUMPUR
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20