Page 10 - AIM SEP
P. 10
2. TINDAKAN PENYELESAIAN
a) Cadangan Penyelesaian
KIK ONE STEP menggunakan strategi pelaksanaan atau kaedah P.D.C.A dan teknik
kawalan kualiti yang sesuai untuk penghasilan projek mulai Januari 2018 hingga awal tahun 2020
seperti di lampiran 3.
Audit Pelan Pengungsian Bangunan HCAS dan HCS telah mengesahkan bahawa punca
paling mungkin insiden mangsa terkorban dalam bangunan terbakar adalah LFD yang kurang
berkesan. LFD yang berkesan akan, (a) memastikan sistem amaran kebakaran berfungsi,
(b) pengguna bangunan siapsiaga dan bijaksana menghadapi kebakaran, (c) dipastikan tiada
laluan keluar bangunan yang terhalang, dan (e) ERT cekap mengendalikan insiden kebakaran.
Dalam sesi perkongsian pengalaman menganjurkan LFD KIK ONE STEP bersama ERT
dan pekerja HCAS juga HCS, peserta juga bersetuju mengenai kurang keberkesanan LFD boleh
mengakibatkan insiden tersebut dan telah membangkitkan bahawa aspek yang paling kritikal
ketika LFD adalah panduan laluan keluar bangunan. Dalam melaksanakan auditan juga di dapati
panduan laluan keluar bangunan adalah kurang menyeluruh, kurang jelas dan tertanggal.
Panduan laluan keluar bangunan yang dimaksudkan adalah, (a) Pelan Tindakan
Kecemasan, dan (b) Petunjuk Arah Laluan Keluar yang ditunjukan dalam Gambar 2. Panduan
laluan keluar bangunan hendaklah dipastikan jelas, ditampal di lokasi-lokasi strategik sepanjang
laluan keluar sekitar bangunan dan dipastikan kewujudannya dengan menunjuk arah yang betul.
Gambar 2: Panduan Laluan Keluar Bangunan
Panduan laluan keluar bangunan juga perlu diselenggara secara berkala bagi memastikan
kewujudannya di lokasi yang ditetapkan, diperbetulkan kedudukannya apabila tertanggal dan
berubah kedudukan dan diganti apabila rosak atau hilang. Amalan ini memerlukan disiplin, masa
lawatan dan kos pembaikan kerosakan/gantian. Pada tahun 2017, HCAS telah membelanjakan
sebanyak RM8,075.00 untuk pelaksanaan aktiviti ini seperti di Jadual 1.
Sambil memantau penambahbaikan Pelan Pengungsian Bangunan di HCAS dan HC, KIK
ONE STEP telah melaksanakan sesi pencambahan fikiran ala-SCAMPER digunakan
5 | AIM KPKT 2021, KIK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, KUALA LUMPUR