Page 9 - AIM SEP
P. 9
Masa mengosongkan bangunan merupakan petunjuk utama kurang keberkesanan LFD, maka ia
terbukti di bangunan penting dalam kawasan seliaan BBP Setapak. Malah pencapaian masa
mengosongkan bangunan ketika dilaksanakan LFD berkenaan adalah tidak mematuhi tempoh
piawai SOP JBPM, iaitu 10 minit.
Oleh itu, KIK ONE STEP mencadangkan kepada Ketua BBP Setapak supaya auditan
kepada Pelan Pengungsian Bangunan di HCAS dan HC segera dilaksanakan. Cadangan telah
dipersetujui oleh Ketua BBP Setapak dan KIK ONE STEP dilantik sebagai auditor dan
mengawalselia pelaksanaan penambahbaikan Pelan Pengungsian Bangunan berkenaan.
Audit Pengungsian Bangunan HCAS dan HCS untuk meningkatkan kesiapsiagaan
menghadapi apajua insiden kecemasan dalam bangunan berkenaan telah diadakan pada
Februari 2018 sekaligus dijadikan projek penambahbaikan BBP Setapak.
Projek penambahbaikan Pelan Pengungsian Bangunan di HCAS dan HCS adalah
bertujuan untuk mencapai objektif inisiatif kualiti, iaitu; (a) mempercepatkan tempoh operasi,
(b) menjimatkan kos operasi, (c) meningkatkan produktiviti anggota, dan (d) meningkatkan
kepuasan hati pelanggan.
Manakala sasaran penyelesaian projek adalah untuk memastikan masa mengosongkan
bangunan semasa LFD adalah dalam tempoh 10 minit untuk mematuhi SOP JBPM.
b) Signifikan Pemilihan Projek
Projek mengatasi kelewatan masa mengosongkan bangunan semasa LDF amat signifikan
untuk dijadikan projek kerana;
i) Berkaitan dengan fungsi utama BBP Setapak untuk menambahbaik SOP Pelan
Pengungsian Bangunan dan memastikan kepatuhan kepada Akta Perkhidmatan Bomba
1988 (AKTA 341), Seksyen 5 Tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba, subseksyen
(iii) menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraannya dan
pengawalseliaannya yang sempurna, dan (iv) menentukan adanya jalan keluar yang cukup
dari semua premis ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran dan merujuk kepada undang-
undang kecil bangunan seragam 1984, menjadi kewajipan semua premis untuk mematuhi
UUK perkara 182 seperti di lampiran 2.
ii) Amat berkaitan dengan kehendak pelanggan untuk keluar bangunan yang terbakar dengan
selamat dan pemegang taruh untuk mengurangkan risiko kematian kerana terperangkap
dalam bangunan yang terbakar, dan
iii) Berkaitan dan sejajar dengan agenda kerajaan untuk pengukuhan jaringan keselamatan
sosial bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui peningkatan mutu perkhidmatan
JBPM serta visi dan misi KPKT.
4 | AIM KPKT 2021, KIK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, KUALA LUMPUR