Page 12 - AIM SEP
P. 12
(c) Mewujudkan tapak S.E.P untuk pengoperasian akses Pelan Tindakan Kecemasan yang
beranimasi petunjuk laluan keluar secara atas talian menggunakan telefon pintar
pengguna.
Asas utama mewujudkan S.E.P dalam lampiran 4 adalah menganimasi laluan keluar
bangunan dalam Pelan Tindakan Kecemasan dan didigitasi pelan berkenaan untuk diwujudkan
kod QR. Poster kod QR hendaklah dicetak dan ditampal di lokasi strategi bangunan untuk diimbas
oleh pengguna bangunan bagi mengaksesnya ketika keluar bangunan tersebut. Pengaturcaraan
sistem khusus untuk pengoperasian juga perlu dibangunan.
Prototaip S.E.P pertama telah disiapkan pada akhir Mac 2018 dengan menggunakan
kepakaran ahli KIK ONE STEP dan disembahkan kepada pengurusan HCA/HC dan Ketua BBP
Setapak. Cadangan S.E.P telah dipersetujui untuk dilaksanakan dengan cadangan tambahan
fungsinya, iaitu selain mengakses panduan laluan keluar bangunan menggunakan telefon pintar,
kemudahan perhubungan ke BBP Setapak dan agensi penyelamatan lain seperti hospital perlu
juga diiktiarkan.
Prototaip S.E.P kedua telah siap sepenuhnya pada akhir April 2018 sebagai satu sistem
untuk mengakses panduan laluan keluar bangunan apabila berlaku insiden kecemasan dalam
bangunan berkenaan menggunakan telefon pintar dengan kefungsian; (a) mengakses panduan
laluan keluar bangunan, (b) menghubungi BBP terdekat tanpa dail, dan (c) menghubungi BBP
lain dan agensi penyelamat seperti hospital tanpa dail.
Kaedah mengaktifkan inovasi S.E.P adalah seperti diilustrasikan dalam Gambar 4. S.E.P
diaktifkan apabila kod QR di imbas oleh pengguna bangunan menggunakan telefon pintar
miliknya. Pengguna menekan butang Fire Exit Plan untuk mengakses Pelan Kecemasan yang di
animasi untuk mengikut arah keluar yang berdekatan. Butang Fire Station digunakan
olehERT/OKK untuk menghubungi Pusat Kawalan BBP yang terdekat tanpa dail. Begitu juga
butang Emergency yang mengandungi nombor talian kecemasan untuk menghubungi Pusat
Kawalan BBP lain, Hospital atau APM tanpa dail.
Gambar 4: Kaedah mengaktifkan S.E.P
7 | AIM KPKT 2021, KIK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, KUALA LUMPUR