Page 8 - AIM SEP
P. 8

PERINCIAN PROJEK

               1.    SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

                     a)    Analisis Pemilihan Projek

                     Insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah,
               Johor  Bahru  pada  25  Oktober  2016  yang
               mengorbankan       enam    (6)    mangsa     kerana
               terperangkap di dalam bangunan merupakan salah
               kes    tumpuan    utama     BBP    Setapak    untuk
               melaksanakan  inisiatif  meningkatkan  penyampaian
               perkhidmatannya  bagi  tahun  2018.  Bagi  tujuan
               tersebut,  KIK  ONE  STEP,  BBP  Setapak  telah
               ditubuhkan pada 5 Januari 2018.

                     Dalam    perbincangan     mengenai     insiden
               tersebut, telah  dirumuskan  bahawa  kebarangkalian
               Latihan  Fire  Drill  (LFD)  kurang  berkesan  telah
               mengakibatkan mangsa kerana terperangkap di dalam bangunan. LFD kurang berkesan telah
               menimbulkan sebab-sebab lain, (a) kegagalan sistem amaran kebakaran, (b) kurang kesediaan
               pengguna  bangunan  menghadapi  kebakaran,  (c)  berlaku  halangan  kepada  jalan  keluar
               bangunan,  (d)  kelewatan  bertindak  ERT/OKK,  (e)  kurang  kecekapan  ERT/OKK  mengendali
               Pelan Kecemasan Bangunan.

                     Semakan rekod penilaian LFD tahun 2017 seperti dalam Gambar 1. Di Hospital Columbia
               Asia  Setapak  (HCAS) masa  mengosongkan bangunan  semasa  LFD  adalah  17 minit  29  saat
               manakala mengambil memakan masa 20 minit di Hotel Columbia Setapak (HCS).

               Gambar 1: Penilaian Latihan Fire Drill (LFD) di HCAS dan HC pada 2017




























               3 | AIM KPKT 2021, KIK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, KUALA LUMPUR
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13