Page 6 - AIM SEP
P. 6
TAJUK PROJEK : SMART EVACUATION PLAN (S.E.P)
BIDANG DAN KATEROGI : Bidang Inovasi Sosial / Kategori Penciptaan
RINGKASAN EKSEKUTIF
Insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 yang
mengorbankan enam (6) mangsa kerana terperangkap di dalam bangunan merupakan salah satu
kes tumpuan utama BBP Setapak untuk melaksanakan inisiatif meningkatkan penyampaian
perkhidmatan yang berkualiti bagi tahun 2018. Bagi tujuan tersebut, KIK ONE STEP BBP Setapak
telah ditubuhkan pada 5 Januari 2018. Dalam perbincangan mengenai insiden tersebut,
dikenalpasti bahawa kebarangkalian utama yang mengakibatkan insiden adalah Latihan Fire Drill
(LFD) kurang berkesan.
Masa Mengosongan Bangunan merupakan petunjuk utama sesuatu LFD. Semakan rekod
LFD pada 2017 didapati; masa mengosongan bangunan semasa LFD di Hospital Columbia Asia
Setapak (HCAS) adalah 17 minit 29 saat, manakala di Hotel Columbia Setapak (HCS) pula
memakan masa 20 minit. Maka terbukti berlakunya LFD kurang berkesan di dua bangunan utama
dalam kawasan selian itu wujud. Malah masa mengosongkan bangunan di HCAS dan HCS tidak
mematuhi tempoh piawai SOP JBPM, iaitu 10 minit.
Cadangan segera mengaudit Pelan Pengungsian Bangunan HCAS dan HCS telah
dipersetujui Ketua BBP Setapak. KIK ONE STEP dilantik sebagai auditor dan seterusnya
mengawalselia tindakan penambahbaikannya. Dalam sesi perkongsian pengalaman menghadapi
LFD, ERT dan pekerja HCAS juga HCS juga bersetuju bahawa insiden berlaku akibat LFD tidak
berkesan. Aspek paling kritikal yang dibangkitkan adalah kesukaran pengguna bangunan untuk
mengenalpasti panduan laluan keluar bangunan. Panduan kurang jelas, rosak dan tertanggal.
Justeru itu, di samping memantau pelaksanaan penambahbaikan di HCAS dan HCS
tercetus idea untuk mewujudkan Pelan Pengungsian Pintar atau Smart Evacuation Plan (S.E.P)
untuk membentuk panduan laluan keluar bangunan yang kreatif dan Inovatif serta kos efektif.
S.E.P merupakan sistem bersepadu atas talian dengan fungsi-fungsi, (a) mengakses panduan
laluan keluar bangunan secara atas talian, (b) perhubungan ke Balai Bomba dan Penyelamat
terdekat tanpa dail, dan (c) perhubungan ke Balai Bomba dan Penyelamat lain, Hospital dan
agensi keselamatan tanpa dail. Semua pengoperasian S.E.P adalah menggunakan telefon pintar
pengguna bangunan.
S.E.P diaktifkan dengan mengimbas kod QR S.E.P yang ditampal di lokasi strategik
bangunan menggunakan telefon pintar milik pengguna bangunan. Pengguna perlu menekan
butang Fire Exit Plan mengakses paparan panduan laluan keluar bangunan yang telah dianimasi
arahnya. ERT pula perlu menekan butang Fire Station untuk menghubungi BBP terdekat tanpa
dail. Butang Emergency pula untuk menghubungi BBP lain dan agensi keselamatan seperti
hospital tanpa mendail.
1 | AIM KPKT 2021, KIK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, KUALA LUMPUR