Page 7 - AIM SEP
P. 7
S.E.P siap dibangunkan dan telah diujicuba dalam LFD di HCS pada 29 Oktober 2018 dan
di HCAS pada Oktober 2018. Masa pengosongan bangunan semasa LFD tersebut telah dibaiki
kepada 8 minit di HCS, manakala di HCAS adalah 9 minit 4 saat. Dalam ujicuba ulangan pada
13 Mac 2019 di HCAS, masa pengosongan bangunan dibaiki lagi kepada 8 minit 50 saat.
Keberkesanan S.E.P telah diakui sendiri oleh Pengarah HCAS dan Ketua Balai BBPS yang
membawa kepada pelancaran rasmi penggunaan S.E.P pada 28 November 2018 oleh Pengarah
JBPM Kuala Lumpur setelah meluluskan SOP S.E.P.
S.E.P telah mendapat perlindungan Hak Cipta daripada MyIPO dengan No. Pemberitahuan
CRLY00023382 mulai tarikh pemberitahuan 30 Ogos 2019.
Penyeragaman S.E.P ke Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumur dan seluruh Balai Bomba dan
Penyelamat seluruh Kuala Lumpur dimulai pada 2 Disember 2019.
Dalam kempen pengembangan projek, pihak Setapak Central Mall (SCM) melancarkan
penggunaannya pada 28 September 2019 setelah ujicuba S.E.P dikurangkan daripada 30 minit
pada 2017 kepada hanya 10 minit. Program diteruskan ke Balai Polis Wangsa Maju, Jabatan
Pengangkutan Jalan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun,
program ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
tertangguh akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Selain memastikan masa pengosongan bangunan semasa LFD dalam tempoh 10 minit
dicapai, outcome projek telah (a) mempercepatkan tempoh pemantauan LFD sebanyak 33%,
(b) kos pemantauan menjimatkan sebanyak 56%, (c) meningkatkan produktiviti anggota kepada
25%, dan kepuasan hati pelanggan meningkat sebanyak 15%.
S.E.P telah memberi impak dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
penyampaian perkhidmatan awam dan imej keprofesionalan JBPM untuk merealisasi visi dan
misi KPKT iaitu menjamin kesejahteraan masyarakat. Bagi kelestarian S.E.P, inovasi telah
dimasukkan dalam senarai semak peralatan bangunan BBP Setapak.
Tahap ketersediaan sistem adalah (a) kod QR mudah diakses, (b) mudah pemasangan dan
mudah capaian, (c) mengesan insiden dengan tepat, (d) keselamatan dan data lokasi terjamin,
dan (e) perhubungan dengan satu sentuhan. Persediaannya adalah dengan pengubahsuaian
dengan kos yang minima.
Pengembangan inovasi S.E.P di HCAS, HCS dan SCM dengan kos RM635.00 telah
menjimatkan kos pelaksanaan sehingga 98% atau RM46,730.00 dan mencapai perolehan R.O.I
sebanyak 384%.
2 | AIM KPKT 2021, KIK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, KUALA LUMPUR