Page 14 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 14

2.2      Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT)


                          Transit aliran atau alihan cepat (rapid transit), transit aliran deras (Mass Rapid
                          Transit), keretapi bawah tanah (underground / subway / metro), adalah sejenis

                          laluan  pengangkutan  awam  berasaskan  rel  mengangkut  penumpang
                          menggunakan tren elektrik di dalam bandar dengan kapasiti dan kekerapan yang
                          tinggi, dan laluan yang berasingan dari sistem pengangkutan yang lain.























                          Sistem  transit  aliran  pada  umumnya  beroperasi  di  laluan  terowong  landasan
                          bawah tanah atau laluan landasan bertingkat. Di kawasan luar bandar, laluan

                          transit aliran berkemungkinan besar menggunakan laluan aras  tanah dengan
                          laluan berasingan.


                          Perkhidmatan     dalam     transit   aliran   menggunakan      laluan    khas
                          antara stesen menggunakan kuasa  elektrik  dan  roda  besi  di  atas landasan.
                          Walau  bagaimanapun,  ada  beberapa  sistem  menggunakan  roda  berbentuk

                          tayar getah padu, apungan magnetik atau sistem monorel. Sistem ini bersepadu
                          dengan  pengangkutan  awam  yang  lain  dan  dikawal  selia  oleh  Agensi

                          Pengangkutan  Darat  Malaysia  (APAD).  Laluan  Ampang dan Laluan  Sri
                          Petaling dianggap sistem yang memenuhi piawaian sistem transit aliran namun
                          hanya  menggunakan  set  tren  jenis  kenderaan  rel  ringan  (LRV)  berbanding

                          dengan Laluan  Kelana  Jaya  dan  Laluan  Sungai  Buloh-Kajang yang
                          menggunakan  set  tren  unit  elektrik  berganda  (EMU).  Perbezaan  kapasiti

                          penumpang  mengikut  saiz  tren  ini  telah  menetapkan  penggunaan  terma
                          tempatan  untuk  sistem  transit  aliran  dari transit  aliran  ringan (LRT)  kepada
                          transit aliran deras (MRT).






                                                                                               CEPAT DAN MESRA | 7
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19