Page 15 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 15

3.0     MAKLUMAT KEJADIAN


                       Set Tr40 bergerak tanpa penumpang pada jam 8.21 malam secara Operasi Tren
                       Automatik  (ATO)  dari  Stesen  LRT  Gombak  ke  Depoh  Subang  (Arah  Selatan)

                       sebelum  mengalami  kerosakan.  Tren  ini  dikesan  mengalami  kegagalan  ATO
                       apabila  sistem  Vehicle  On-Board  Controller  (VOBC)  terhenti  secara  tiba-tiba
                       semasa  menghampiri  platform  Stesen  Kampung  Baru.  Pusat  Kawalan  Operasi

                       (OCC) Rapid Rail Sdn. Bhd. mengenalpasti kedudukan Tr40 dan mengarahkan
                       pemandu (Hostler) mengemudi tren itu secara manual menuju ke Stesen Dang

                       Wangi. Tr40 perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren-
                       tren lain Laluan Kelana Jaya dalam mod ATO untuk meneruskan perkhidmatan ke
                       bahagian selatan. Pada masa sama Tr81 yang membawa lebih kurang 213 orang

                       penumpang dalam mod ATO berada statik di platform Stesen KLCC (KJ10) arah
                       selatan sebelum ia berlepas menuju ke Stesen Kampung Baru pada pukul 8.24
                       malam.  Ia  menerima  maklumat  bahawa  Tr40  telah  pun  beredar  dari  Stesen

                       Kampung Baru menuju ke Stesen Dang Wangi sebelum bertembung pada pukul
                       8.33 malam. Insiden berkenaan segera dimaklumkan oleh pemandu Tr40 yang
                       bertindak menghubungi OCC dan seminit kemudian, Tr81 dikenal pasti sebagai

                       tren yang bertembung tersebut. Pihak OCC pada pukul 8.36 malam memaklumkan
                       pelbagai   agensi   tindakan   kecemasan     dan    melantik   pegawai    yang

                       bertanggungjawab di kawasan insiden itu berdekatan dengan KLCC. (Kenyataan
                       YB. Menteri Pengangkutan Malaysia - 25 Mei 2021)












                             Lokasi Kejadian









                             Tempat Kejadian









     8 | CEPAT DAN MESRA
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20