Page 10 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 10

2.0     LATAR BELAKANG LOKASI KEJADIAN



















                       Pada  24  Mei  2021  (Isnin)  kira-kira  8.33  malam  telah  berlaku  insiden  melibatkan
                       kemalangan  di  antara  dua  (2)  buah  tren  LRT  di  dalam  terowong  berhampiran
                       dengan Stesen KLCC (KJ10). Stesen KLCC ialah stesen LRT bawah tanah yang
                       terletak  berhampiran dengan  Menara  Berkembar  Petronas, Kuala  Lumpur.  Nama

                       stesen  ini  diambil  sempena  mercu  tanda  berdekatan  iaitu  Menara  Berkembar
                       Petronas (lebih dikenali sebagai KLCC). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai

                       sebahagian  dari  fasa  kedua  Laluan  Kelana  Jaya yang  melalui  12  stesen  di
                       antara Stesen    Masjid     Jamek dan Stesen      Gombak (tidak     termasuk Sri
                       Rampai). Stesen  ini  juga  bakal  dihubungkan  dengan Stesen  KLCC  East Laluan

                       MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) apabila laluan tersebut dibuka pada
                       Julai 2022.

                       Stesen ini terletak di bawah Jalan Ampang di pusat membeli-belah Avenue K. Di

                       selatan stesen terletaknya kawasan pembangunan KLCC yang merangkumi pusat
                       membeli-belah Suria  KLCC,  Menara  Berkembar  Petronas, Menara  Maxis, Pusat

                       Konvensyen  Kuala  Lumpur, Taman  KLCC,  Menara  3  Petronas, Masjid  Asy-
                       Syakirin dan  Hotel  Mandarin  Oriental  Kuala  Lumpur.  Juga  terletak  berhampiran
                       stesen  ini  adalah  pusat membeli-belah  Four  Season  Place,  Hotel  Four Seasons

                       Kuala Lumpur, Hotel Corus Kuala Lumpur.





















                                                                                               CEPAT DAN MESRA | 3
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15