Page 8 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 8
1.0 PENGENALAN
Di kala negara sedang bergelut dengan Pandemik COVID-19, kita dikejutkan pula
dengan kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) pada 24 Mei 2021 (Isnin). Sistem
pengangkutan awam diuji dengan kejadian kemalangan antara dua buah transit
aliran ringan (LRT) di Stesen KLCC (KJ10). Kejadian berlaku pada jam 8.33 malam
yang telah mengakibatkan sejumlah 213 penumpang mengalami trauma dan
kecederaan yang telah melakar sejarah dalam sistem pengangkutan awam negara.
Menjangkau usia 23 tahun perkhidmatan pada September 2021. Perkhidmatan LRT
yang bermula dari Seksyen 1, Depoh Subang ke Pasar Seni telah mula beroperasi
pada 1 September 1998.
Sistem pengoperasian tren LRT adalah antara sistem pengangkutan yang termoden
yang telah meletakkan faktor keselamatan sebagai keutamaan, khususnya bagi
mengelak kejadian kemalangan yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa dan
kemusnahan harta. Namun, di sebalik kesempurnaan perancangan, masih terdapat
pelbagai kelemahan yang boleh berlaku sama ada berpunca dari ‘human error’,
mechanical failure’, operating system corrupted’ atau sebagainya. Oleh itu, telah
direkodkan beberapa kejadian kemalangan yang melibatkan LRT sejak ianya
beroperasi, antara lainnya seperti berikut:
Bil Tarikh Catatan Gambar
Sebuah daripada gerabak STAR-
LRT terbabas melewati benteng
konkrit dan tergantung hampir 25
27 Oktober meter dari aras bumi semasa tren
1
2006 itu mahu berhenti di hentian
terakhirnya di Stesen Sentul
Timur, namun tiada penumpang di
dalam enam gerabak tren itu.
Dua gerabak di bahagian tengah
tren Star LRT tergelincir dari
landasan ketika menghampiri
Stesen Sentul Timur yang
menyebabkan perkhidmatan tren
24 di lima stesen dari Sentul Timur ke
2 November Sultan Ismail terjejas dan 10
2007
penumpang terperangkap di
dalam lima tren tersebut yang
terkandas di beberapa lokasi
namun tiada sebarang
kecederaan.
CEPAT DAN MESRA | 1